Selamat Datang ke Adjemz.Com

DOWNLOAD PANDUAN KERJAYA

Previous
Next

Date

9 Tips Menghadapi Temuduga Pembantu Tadbir Pengkeranian dan Operasi N19

Bekerja di sektor kerajaan menjadi idaman anak muda masa sekarang kerana pelbagai kemudahan serta inisiatif yang ditawarkan kerajaan. Di samping mempunyai pencen, menjadi penjawat awam juga dikatakan mempunyai masa depan yang cerah di mata ibu-bapa.

Bermula dari gred 1 sehingga 54, setiap gred dalam kerajaan mempunyai tingkat gaji tertentu. Semakin tinggi gred yang dijawat, semakin tinggi gaji yang ditawarkan.

Oleh itu, artikel ini akan berkongsi kepada anda 10 tips untuk menghadapi temuduga bagi pembantu tadbir pengkeranian dan operasi N19. Diharap, artikel ini sedikit sebanyak mampu membantu menghadapi sesi temuduga anda.

1.Berdoa

Perkara yang paling kurang dititikberatkan dan diambil remeh dalam urusan seharian kita iaitu berdoa. Sebelum menghadiri temuduga, berdoalah mengikut ajaran masing-masing bagi dipermudah urusan semasa menghadapi proses temuduga.

Setelah itu, pasti jiwa anda akan lebih tenang dan kurang gugup untuk menghadapi temuduga.

2. Tanya diri anda.

Ketika mendapat tawaran bagi jawatan pembantu tadbir pengkeranian dan operasi N19, cuba tanya diri anda. Anda berminat dengan jawatan tersebut? Anda yakin ingin bekerja dalam bidang ini? Anda mampu menghadapi cabaran dalam kerja ini?. Proses ini penting bagi memberi dan menguatkan keyakinan anda.

3. Kaji tentang jawatan

Tips mengkaji tentang jawatan ini sangatlah penting kerana dari sini anda boleh mencari dan mengumpul maklumat tentang jawatan tersebut. Gunakan Teknik 5W1H (Why,What,When,Who,Where,How).

Why? Mengapakah jawatan ini diwujudkan di setiap jawatan, negeri dan kementerian? 

What? Apakah yang anda akan lakukan nanti apabila anda menjawat jawatan ini? Dimanakah anda akan ditempatkan untuk bertugas? 

Dan yang paling penting adalah 

How?. Apakah tugasan yang anda perlu laksanakan kelak?.

Apabila anda sudah faham dan mengetahui kesemua jawapan kepada persoalan ini, sudah pasti anda mampu menjawab setiap soalan yang dikemukan ketika temuduga.

Anda boleh rujuk lanjut di artikel berikut

Apakah Tugas Pembantu Tadbir ?

4.Tingkatkan keyakinan diri

Sebelum anda menghadiri temuduga, anda perlu meningkatkan keyakinan diri supaya penemuduga kagum dan yakin anda mampu menggalas jawatan ini.

Bermula dari bahasa badan, anda perlu berdiri dan duduk dengan tegak, pandang ke hadapan dan elakkan menunduk serta kurang percaya diri. Gunakan bahasa yang sesuai ketika menjawab soalan dan kurangkan gugup.

Antara cara anda boleh meningkatkan keyakinan diri adalah dengan membuat latihan dan praktis temuduga di hadapan cermin. Pandang diri anda sambil berlatih bercakap dengan yakin.

5. Cari mentor

Mencari mentor bermaksud anda harus mencari seseorang yang berpengalaman dalam bidang yang anda ingin ceburi bagi bertanya dan belajar dari mereka.

Dalam contoh disini, anda ingin memegang jawatan pembantu tadbir pengkeranian dan operasi N19. Oleh itu, anda boleh mencari senior dalam bidang ini atau ketua kerana lalu bertanya apakah skop-skop tugas ini.

6. Mencari dan membaca buku Arahan Perkhidmatan.

Membaca buku Arahan Perkhidmatan merupakan sumber maklumat yang efektif untuk anda lebih memahami tatacara tugasan kerja dalam bidang pembantu tadbir pengkeranian dan operasi N19.

Contohnya, sekiranya anda ditempatkan di Jabatan Imigresen, anda boleh membaca mengenai tugas- tugas pentadbiran berkaitan gerak kerja imigresen supaya anda lebih faham dan sedia untuk melakukan tugas.

7. Jangan berbohong atau sombong

Sentiasalah merendah diri ketika ditemuduga dan elakkan bersifat sombong yang boleh membuatkan penemuduga berasa tidak selesa dengan anda.

Anda haruslah bersifat mesra dan tegas pada masa yang sama. Ambil serius terhadap setiap soalan diberikan dan berikan senyuman mesra. Elakkan terlalu serius dan pastikan anda ada “sense of humour”.

8. Bersikap positif

Sentiasa bersikap positif dengan sentiasa bercakap jujur dengan penemuduga. Serlahkan sikap positif anda dengan sikap ramah dan bertegur sapa dengan penemuduga.

Proses temuduga yang melibatkan N19 selalunya 10 hingga 15 minit, sepanjang proses itu elakkan daripada melakukan sikap- sikap negatif

9. Latihan padu

Membuat latihan padu yang dimaksudkan disini adalah latihan bercakap dan menjawab soalan- soalan ketika ditemuduga.

Selalunya anda akan ditemuduga oleh dua orang panel penemuduga. Lain panel, lain soalannya. Jadi anda harus bersedia dengan mengulang kaji jenis- jenis soalan berkaitan dengan bidang pembantu tadbir pengkeranian dan operasi N19.

Panel akan memberi soalan berdasarkan Competency Based Interview (CBI) iaitu soalan yang berasaskan situasi. Soalan yang mencabar “decision-making” anda. Contohnya, apakah tindakan anda sekiranya salah satu pekerja anda datang lewat ? dan sewaktu dengannya.

Kesimpulan

Jawatan pembantu tadbir pengkeranian dan operasi N19 memerlukan anda untuk mempunyai kemahiran pentadbiran yang cekap dan sistematik. Jika anda sememangnya mempunyai sikap seperti kepimpinan yang tinggi. Jawatan ini sangatlah layak untuk anda.

Ditambah lagi dengan mempraktikkan tips- tips di atas, peluang untuk anda mendapat jawatan sebagai pembantu tadbir pengkeranian dan operasi N19 juga semakin cerah.

Yang terpenting sekali, jika anda telah diterima bekerja. Jalankan tanggungjawab anda dengan jujur dan elakkan rasuah. Keberkatan dalam pekerjaan menjamin kebahagian dan ketenangan anda.

Mahukan Tips Ilmu & Kerjaya Terus Ke Telefon Anda?

Perkongsian & Hebahan Pelbagai Info Berkaitan Ilmu & Kerjaya

Kedai Buku Online

Advertisement

Baca Lagi
artiKel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »
Jom Chat!