Selamat Datang ke Adjemz.Com

DOWNLOAD PANDUAN KERJAYA

Previous
Next

Date

Tips Mohon Kerja Kerajaan

Tips Mohon Kerja Kerajaan

Adakah anda berminat untuk menjadi sebahagian daripada kakitangan kerajaan dan berkhidmat untuk negara? Tahukah anda, terdapat beberapa perkara penting yang perlu diambil tahu bagi memohon kerja kerajaan.  

 

 

Artikel kali ini akan memfokuskan 5 perkara penting yang boleh diaplikasikan oleh setiap calon bagi memudahkan proses permohonan jawatan kerja kerajaan.

1. Cara Mohon Kerja Kerajaan

Ia sangat penting bagi setiap calon untuk mengetahui segala portal atau cara untuk memohon kerja kerajaan. Kini segala proses permohonan boleh dilakukan hanya di platform online sahaja. Jadi, calon tidak perlu lagi untuk pergi ke pejabat daerah bagi memperoleh borang spa8 secara manual. Segala proses permohon telah dimudahkan. 

 

Antara portal- portal yang digunakan bagi permohonan kerja kerajaan ialah SPA Malaysia, SPA negeri seperti SPA Negeri Sembilan, Melaka dan Sarawak, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, SPP (guru),  Suruhanjaya Perkhidmatan Polis (jawatan polis) serta Majlis Angkatan Tentera (tentera).

2. Tahap Kelayakan Akademik

Sebelum mengemukakan borang permohonan, calon perlu tahu jenis jawatan yang boleh dimohon setaraf dan sesuai dengan kelayakan akademik. Sekiranya, anda memiliki kelayakan akademik ijazah sarjana muda, pastikan anda mohon jawatan yang setaraf dengan degree anda. Namun, terdapat polisi “one step lower” diaplikasikan bagi jawatan kerajaan. Contohnya, jika anda merupakan graduan diploma, maka anda boleh mohon jawatan setaraf diploma serta SPM.

 

Selain itu, calon boleh memohon maksimum 15 jawatan di portal SPA. Sekiranya, anda merupakan graduan sarjana muda, maka anda disarankan untuk memohon 10 jawatan setaraf ijazah sekurang- kurangya, dan selebihnya, setaraf diploma Pastikan anda betul- betul mempunyai minat dalam jawatan dimohon. Pastikan anda kenal pasti sektor yang ingin diceburi sama ada sektor awam, atau swasta ataupun ingin menceburi dalam perniagaan. Hal ini kerana, terdapat beberapa calon yang berjaya mendapat tawaran bagi jawatan dimohon, namun ditolak sebab kurang minat. Oleh itu, ia penting untuk mengenalpasti minat serta sektor yang betul- betul anda ingin ceburi.

3. Semak & Kemaskini Status Permohonan

Pastikan anda sentiasa kemaskini permohonan anda di portal SPA. Hal ini demikian kerana sah laku bagi permohonan dalam SPA ialah selama setahun sahaja. Oleh itu, pastikan anda selalu kemaskini, agar status permohonan anda sentiasa aktif.

4. Maklumat Permohonan Tepat

Pastikan segala maklumat penting dimasukkan dalam permohonan jawatan kerajaan seperti maklumat akademik, alamat, nombor telefon ataupun email adalah tepat dan betul. Sekiranya, anda sudah tukar nombor telefon ataupun email, pastikan anda kemaskini di portal SPA jugak. Di samping itu, letakkan maklumat PNGK yang betul. Sekiranya, anda didapati menggunakan maklumat palsu, permohonan anda boleh digugurkan dan akan dikenakan tindakan

5. Perlu Sentiasa Bersedia

Anda perlu sentiasa bersedia setelah menghantar permohonan, Hal ini disebabkan kerana, anda boleh dipanggil bagi sesi temuduga pada bila- bila masa sahaja. Anda disarankan agar sentiasa kaji mengenai jawatan dimohon. Pastikan anda tahu tugas- tugas dilakukan serta maklumat- maklumat penting mengenai jawatan dimohon. Yang penting, anda boleh mencari kerja sambilan bagi menimba pengalaman sambil menunggu untuk panggilan temu duga bagi jawatan dimohon. Contohnya, selepas tamat pelajaran di universiti, anda boleh mencari kerja sementara seperti guru ganti atau sambilan, juru latih dan lain- lain lagi bagi mencari pengalaman sebelum berjaya diterima dalam sektor dimohon. Segala pengalaman ini penting dan bakal digunakan dalam kerja sebenar.

Kesimpulan

Konklusinya, semua calon yang mohon jawatan di sektor awam, disarankan agar fokus pada kelima- lima perkara dinyatakan di atas ini bagi  membantu  memudahkan proses permohonan kerja di sektor awam.

Kedai Buku Online

Advertisement

Baca Lagi
artiKel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »
Jom Chat!