Selamat Datang ke Adjemz.Com

DOWNLOAD PANDUAN KERJAYA

Previous
Next

Apa itu Ujian Psikometrik dan 3 Tips Untuk Lulus Cemerlang!

Anda Bakal Menduduki Ujian Psikometrik? Adakah anda tahu apa itu Ujian Psikometrik? Di artikel ini kami akan rungkaikan. Kami juga akan berkongsi 3 tips cemerlang untuk anda lulus menghadapi ujian psikometrik ini dengan jayanya.

Apa Itu Ujian Psikometrik?

Ujian Psikometrik adalah satu kaedah untuk menilai sikap, personaliti dan juga tahap kompetensi calon seperti anda yang berminat untuk berkerja dalam sektor kerajaan. Tahukah anda, Ujian Psikometrik ini direka khusus oleh Pakar Psikologi dan ia boleh mengesan sama ada anda bersikap positif, jujur atau sebaliknya.

Kepentingan Ujian Psikometrik

Ujian psikometrik ini adalah salah satu ujian yang perlu anda lalui sebelum anda pergi ke peringkat temuduga. Public Service Entry Exam, Ini adalah nama baru yang diperkenalkan untuk ujian online atau atas talian yang dilaksanakan oleh pihak SPA.

 

Tujuan utama Ujian Psikometrik adalah untuk menapis dan mengecilkan jumlah calon. Sekiranya calon dipanggil untuk menjalani ujian seramai 20,000 orang, ianya akan ditapis dan dikecilkan menjadi 2,000 orang sahaja, bergantung kepada kekosongan jawatan yang ada. Hanya sedikit sahaja yang mampu melepasi peringkat penapisan ini dan mendapat tawaran pergi ke peringkat seterusnya.

 

Banyak perkara yang boleh menyebabkan anda gagal untuk meneruskan ke tahap seterusnya. Ini adalah kerana Ujian Psikometrik ini adalah satu ujian yang direka khas untuk menilai sikap, dan personaliti setiap calon -calon.  Tiada jawapan yang salah untuk soalan yang diajukan. Ujian ini menyediakan perangkap yang ramai tidak tahu. Setiap jawapan anda akan diberikan skor oleh sistem komputer. Jika anda tidak bersedia dan tidak tahu teknik yang betul dan  menjawab dengan cara yang salah pada pertanyaan yang diberi oleh sistem, kemungkinan besar anda akan gagal dalam ujian ini!

Kriteria Penilaian Psikometrik

Anda juga perlu tahu kriteria yang bagaimana yang dinilai dalam ujian ini. Pada hakikatnya, ujian psikometrik ini agak mudah berbanding ujian aptitud. Jika ujian Aptitud, lebih kepada pemahaman, pengetahuan dan juga kemahiran, Ujian Psikometrik ini pula lebih kepada melihat dan menilai sikap dan personaliti anda. Ujian ini untuk menilai sama ada anda layak atau pun tidak untuk menggalas jawatan yang anda mohon. Jika sikap dan personaliti anda tidak sesuai dengan jawatan yang anda mohon, maka anda tidak layak atau tidak sesuai untuk menggalas jawatan tersebut. 

 

Ada beberapa faktor yang menentukan kejayaan anda dalam Ujian Psikometrik ini, antaranya adalah nilai merit/score yang telah di set dalam sistem komputer dan juga bilangan kekosongan yang diperlukan dalam jawatan yang anda mohon.

 

Contoh jika kekosongan jawatan yang ditawarkan hanya sebanyak 20 sahaja, Panel exam akan menggunakan nisbah 1:10 bermakna kemungkinan hanya lebih kurang 200 calon yang akan lulus ke peringkat seterusnya.  Lihat.. berapa ramai calon yang akan kene ‘pancung’ nanti!

3 Tips Cemerlang Untuk Anda Menghadapinya

Baiklah, kami kongsikan 3 Tips untuk anda lulus menghadapi Ujian Psikometrik ini dengan jayanya.

1. Relax dan Jangan Terlalu Stress

Ujian Psikometrik ini mudah sahaja. Anda tidak perlu terlalu stress untuk menghadapinya. Yang penting anda buat study lebih sikit tentang Tips dan Trik Ujian Ini. Triknya mudah sahaja. Semuanya telah dikongsikan di ebook RUJUKAN UJIAN PSIKOMETRIK . Klik je gambar atau link yang diberi. 

2. Persiapkan Diri Anda Dengan Ilmu Yang Betul

Ingat! Bukan semua yang bertuah akan melepasi peringkat penapisan ini dan mendapat tawaran pergi ke peringkat seterusnya. Hanya calon-calon yang berkualiti sahaja yang berjaya melepasi ujian ini.  Peluang hanya untuk mereka yang bersedia sahaja. Bersedialah dengan ilmu yang betul.  Oleh sebab itulah , kami SANGAT MENGGALAKKAN  anda untuk baca Rujukan Psikometrik ini. 

Ini kerana ia merupakan rujukan yang lengkap dan mengandungi

✓ Tips jawab soalan psikometrik
✓ 200 contoh soalan psikometrik
✓ Penerangan cara menjawab soalan agar tidak tersasar
✓ Kenali ‘perangkap’ ujian psikometrik
✓ Penjelasan tentang apa bakal menggagalkan korang
✓ Dan lain-lain lagi.

3. Berdoa dan Mantapkan Nilai Kendiri

Bagi calon yang beragama islam semestinya doa adalah sebagai senjata kita paling ampuh dan kuat selepas kita sudah ikhtiar dan berusaha. Jadi banyakkan berdoa semoga segalanya dipermudahkan dan tingkatkan lagi nilai kendiri kita.

Anda perlulah sentiasa bersikap positif dalam apa jua keadaan. Pertingkatkan lagi nilai-nilai moral dan personaliti yang lebih baik sebagai persediaan jika anda terpilih untuk ke tahap seterusnya. Pastikan nilai-nilai positif sentiasa mantap dan dipertingkat jika ingin betul-betul menceburi dalam sektor awam ini.

Kesimpulan

Persaingan untuk mengisi kekosongan jawatan yang ada amat tinggi. Semua calon yang ada mengimpikan untuk bekerja di sektor awam yang banyak kelebihan ini. Jadi, anda perlulah serius untuk mencari dan mendapatkan ilmu yang betul untuk lulus. Sekiranya anda mahu menjadi salah seorang calon yang terpilih tu, jangan lepaskan peluang yang ada. Buat sehabis baik dengan segala persediaan. 

Perlukan Panduan dan Tips Tambahan?

Kedai Buku Online

Advertisement

Baca Lagi
artiKel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »
Jom Chat!