Selamat Datang ke Adjemz.Com

DOWNLOAD PANDUAN KERJAYA

Previous
Next

Markah Lulus Ujian Psikometrik SPA

Markah lulus ujian psikometrik

Apa itu Ujian Psikometrik ? Apa tujuan Ujian Psikometrik? Berapa markah lulus Ujian Psikometrik ? 

Ya! Ramai calon yang bertanya tentang soalan-soalan ini.. Jadi di sini kami akan kongsikan beberapa perkara mengenai ujian tersebut.

Apa Itu Ujian Psikometrik SPA?

Sebelum pergi lebih lanjut, anda perlu tahu dulu apa itu Ujian Psikometrik SPA.

 

Ujian Psikometrik SPA adalah satu kaedah untuk menilai sikap, personaliti dan juga tahap kompetensi calon seperti anda yang berminat untuk Kerja Kerajaan. Ujian ini penting untuk membantu pihak kerajaan memilih mereka yang layak sahaja untuk menjawat jawatan yang ditawarkan.

 

Apa Tujuan Ujian Psikometrik SPA?

Tahukah anda, Ujian Psikometrik ini direka khusus oleh Pakar Psikologi dan ia boleh mengesan sama ada anda bersikap positif, jujur atau sebaliknya. Oleh kerana itulah, Ujian Psikometrik walaupun ia nampak mudah, hakikatnya ia penuh dengan trick dan perangkap untuk menggagalkan setiap calon. Ia digunakan sebagai langkah pertama untuk menapis dan mengecilkan jumlah calon hanya berdasarkan kriteria  personaliti mereka. Bila calon dah sikit, itu akan memudahkan sesi temuduga seterusnya dijalankan. 

 

Ujian ini amat mudah jadi sayang sekiranya anda disingkirkan pada peringkat ini, hanya kerana anda tidak faham trick dan teknik menjawab yang betul yang mana anda telah tidak sengaja menonjolkan kualiti diri yang tidak baik, sedangkan anda layak dan mempunyai personaliti yang bagus.

Berapa Markah Lulus Ujian Psikometrik?

Ujian Psikometrik ini sedikit berbeza dengan ujian yang lain Dalam ujian ini tiada jawapan betul atau salah. Jadi tiada markah lulus.

 

Faktor untuk menentukan sama ada anda berjaya atau gagal ujian ini, bergantung kepada empat perkara utama, berikut:

  1. Personaliti yang menepati keperluan jawatan 
  2. Jumlah kekosongan jawatan yang ada
  3. Bilangan calon yang mengambil ujian
  4. Kefahaman Calon Terhadap  Ujian Psikometrik

Apakah Personaliti Yang Menepati Keperluan Jawatan?

Personaliti atau keperibadian merupakan kualiti atau keadaan yang sedia wujud di dalam diri setiap  individu. Personaliti berkait rapat dengan tindak-tanduk seseorang itu dari segi kawalan emosi dan pemikiran.

 

Personaliti setiap orang akan  memainkan peranan penting dalam setiap jawatan yang dia akan pegang nanti. Oleh sebab itulah, sekiranya ada terdapat kekosongan jawatan di sesuatu jabatan, ketua jabatan tersebut akan meminta pihak SPA (agensi untuk merekrut calon) untuk mencari calon-calon yang mempunyai personaliti bersesuaian dengan skop tugasan jawatan tersebut.

 

Sebagai contoh, jika ketua jabatan mahukan seorang calon yang bersikap seorang pemimpin, tapi anda tonjolkan personaliti sebagai seorang pengikut melalui jawapan yang anda jawab, anda pastinya akan gagal secara automatik ujian ini. Kegagalan ini bukanlah disebabkan mempunyai sikap negatif, tapi perwatakan anda itu tidak menepati apa yang dikehendaki oleh ketua jabatan. Begitulah sebaliknya.

Jumlah Kekosongan Jawatan Yang Ada

Tujuan utama Ujian Psikometrik adalah sebagai langkah pertama untuk menapis dan mengecilkan jumlah calon hanya berdasarkan kriteria  personaliti mereka. Sekiranya calon dipanggil untuk menjalani ujian seramai 20,000 orang, ianya akan ditapis dan dikecilkan menjadi 2,000 orang sahaja, bergantung kepada kekosongan jawatan yang ada.

 

Jika banyak kekosongan, peluang untuk anda lulus memang tinggi sekiranya menepati ciri-ciri yang dicari oleh ketua jabatan. Sebaliknya, jika kekosongan jawatan sedikit, contohnya tiga kekosongan, anda terpaksa bersaing dengan calon yang lain. Hanya calon yang terbaik daripada yang terbaik sahaja yang akan lulus.

Bilangan Calon Yang Mengambil Ujian

Setiap kali adanya panggilan exam online, mesti ramai calon yang akan dipanggil.  Sekiranya kekosongan jawatan yang diperlukan hanya 50 orang, bagaimana calon-calon tersebut  nak ditapis menjadi 50 orang?

 

Makin ramai calon, makin besar persaingan anda untuk lulus. Ketika inilah, SPA akan memilih calon yang terbaik daripada yang terbaik. Calon perlu bersaing sesama mereka. Hanya terbaik sahaja akan lulus ujian ini nanti.

Apa Yang Perlu Calon Faham Berkenaan Ujian Psikometrik Ini?

Walaupun nampak mudah, Ujian Psikometrik ini  mengandungi banyak trick dan perangkap yang ramai calon tidak tahu. 

Contoh soalan: Penjual tidak menjual goreng pisang untuk pelanggan tapi pelanggan menyuruh penjual mengorengkan pisang untuknya

Ada calon yang tahu apa yang diuji dalam soalan ini dan ada juga calon yang tak tahu. Sekiranya mereka mendapat panduan yang betul, mereka akan faham apa jawapan terbaik dalam soalan ini.

Jadi Macam Mana Nak Buat?

Walaupun terdapat banyak faktor diluar kawalan anda yang mempengaruhi kejayaan atau kegagal ujian ini, yang penting anda buat persiapan sebaik mungkin untuk menghadapinya.  

Antaranya..
1) Persiapkan diri anda dengan ilmu yang betul.
2) Bertanyalah pada mereka yang pakar tips & panduan untuk menghadapi ujian ini.
3) Study apa keperluan, kriteria, personaliti yang diperlukan oleh jawatan berkenaan.

Kalau nak mudah dapatkan saja rujukan Ujian Psikometrik di sini semuanya ada diterangkan dalam ebook ini

Klik 👉🏻  RUJUKAN UJIAN PSIKOMETRIK

Kedai Buku Online

Advertisement

Baca Lagi
artiKel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »
Jom Chat!