Selamat Datang ke Adjemz.Com

DOWNLOAD PANDUAN KERJAYA

Previous
Next

Date

Tips Menduduki Ujian Online Pegawai Tadbir Diplomatik PTD M41

Anda berminat bekerja dengan sektor kerajaan, memiliki ijazah sarjana muda dan ingin mencabar kebolehan diri anda? Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 (PTD) adalah jawapannya! Ianya satu jawatan yang mempunyai banyak tapisan dari segi akademik, ujian online dan temuduga. Jumlah calon yang menduduki ujian pada tahun 2021 adalah  seramai 53 ribu calon! Bolehkan anda berjaya? Ianya untuk mencari ‘the cream of the crop’, iaitu hanya yang terbaik akan dipilih. Adakah anda salah seorang daripada itu?

Lulus atau gagal, anda yang tentukan. Itu adalah pilihan anda! Ianya bergantung pada persiapan yang anda buat. Semakin banyak maklumat dan informasi yang diperolehi dan persiapan dilakukan. Maka semakin tinggilah peluang untuk anda lulus ujian ini. Jom kita lihat beberapa tips untuk menduduki ujian online PTD M41

1. Berserah kepada Allah swt

Manusia perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam sesuatu bidang. Jika mahukan kejayaan maka usaha diringi doa agar Allah swt membantu kita. Anda perlu melengkapkan diri dengan pelbagai maklumat yang berkaitan dengan jawatan ini agar dapat menjawab soalan-soalan yang diberikan. Walaupun soalan di atas talian, pihak SPA akan mengubah soalan setiap tahun. Sebagai calon, anda perlu persiapkan diri agar bersedia untuk menghadipi sebarang jenis soalan.

2. Relax dan Bersikap Positif

Pastikan internet connection anda kuat dan stabil semasa anda menduduki ujian ini. Tempoh ujian ini adalah selama 2 jam. Terdapat 3 bahagian, iaitu:


Bahagian A – Pengetahuan Am sebanyak 50 soalan


Bahagian B – Daya Penyelesaian Masalah sebanyak 40 soalan


Bahagian C – English Section (Kefahaman & Grammar) sebanyak 30 soalan


Jangan ambil masa terlalu lama untuk menjawab setiap soalan. Dicadangkan agar anda hanya meluangkan 40 – 50 saat untuk setiap soalan. Memandangkan ianya ujian diatas talian dan boleh diduduki di mana-mana sahaja, adalah lebih afdal anda berlaku jujur untuk menjawab soalan-soalan ini. Contohnya seperti tidak mendapatkan bantuan orang lain, walaupun pada dasarnya boleh!

Kami sarankan supaya anda  dapatkan rujukan berikut. Buat kajian awal tentang format dan jenis soalan yang akan diberikan. Ia pasti akan membantu anda menjadi lebih bersedia dan tidak banyak melengahkan masa untuk menjawab.

3. Persiapan Pada Hari Ujian

Bagi memhadapi ujian ini, pastikan anda membuat persiapan awal. Persiapan di pagi hari seperti bangun awal dan bersenam agar badan menjadi lebih segar dan cergas. Sarapan pagi yang seimbang juga memainkan peranan yang penting. Berfikiran positif dan tenang sebelum dan semasa menduduki ujian.

4. Fokus Pada Ujian

Ujian ini adalah salah satu stage penentu kepada kerjaya PTD anda. Pastikan anda memberi tumpuan yang sepenuhnya untuk tempoh 2 jam. Matikan handphone dan hindari dari segala ganguan. Ini kerana setiap saat sepanjang tempoh ujian ini adalah penting. Can’t afford to lose even a single second! Setiap markah adalah penting. Cubalah sedaya upaya untuk menjawab semua soalan yang diberikan. Anda perlu berfikir secara kritikal dan pantas. Bukan siapa cepat dia dapat. Tetapi siapa yang dapat menjawab dengan baik dalam masa yang sangat minimum. It’s a profession with diplomacy.

5. Skip Soalan yang Susah

Jika anda mendapati ada soalan yang susah, cepat-cepatlah skip soalan tersebut agar tidak membuang masa. Teruskan menjawab soalan yang lain. Jangan risau, anda boleh kembali ke soalan ini. Soalan-soalan ini mempunyai indikator warna seperti berikut:

6. Hubungi Pihak Urusetia

Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah semasa ujian tersebut, sila hubungi Bahagian Urusetia / Help Desk SPA. Atau anda boleh menghubungi nombor yang tertera pada email tersebut. 

Kesimpulan

Inilah antara tips yang dapat membantu anda untuk menghadapi ujian online ini. In sya Allah jika anda membuat persiapan yang rapi maka denga izin-Nya kejayaan dipihak anda! Tiada siapa dapat menghalang rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah swt. May you become a PTD officer! Wish you all the best!

Mahukan Tips Ilmu & Kerjaya Terus Ke Telefon Anda?

Perkongsian & Hebahan Pelbagai Info Berkaitan Ilmu & Kerjaya

Kedai Buku Online

Advertisement

Baca Lagi
artiKel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »
Jom Chat!