Selamat Datang ke Adjemz.Com

DOWNLOAD PANDUAN KERJAYA

Previous
Next

Date

5 Tips Penting Sebelum Memohon Kerja Kerajaan

Menjadi salah seorang penjawat awam merupakan impian kebanyakan orang kerana banyak kelebihan yang terdapat di dalam pekerjaan ini. Pasti anda juga antara salah seorang daripada mereka yang memiliki impian sedemikian. Oleh itu dalam artikel ini, anda akan pelajari 5 tips penting sebelum memohon kerja kerajaan

1. Perlu Ada Minat

Mohon jawatan berdasarkan minat yang ada di dalam diri anda. Pastikan jawatan yang anda mohon bersesuaian dengan minat dan diri anda sendiri.

Apabila melakukan sesuatu yang diminati, pastinya anda tidak akan merasa terbeban dengan tugasan atau pekerjaan dan akan memberikan perkhidmatan yang paling terbaik.

Jangan sesekali mohon jika hanya ingin memenuhi kehendak untuk memiliki pekerjaan dan tidak mahu dilabel sebagai penganggur.

Minat adalah sangat penting kerana apabila bekerja kelak, anda tidak akan cepat berasa tertekan, malas untuk bekerja dan juga sering ponteng kerja.

2. Tawaran Dalam Pekerjaan

Semak dahulu apa yang terdapat dalam jawatan yang dimohon. Contohnya seperti gaji, elaun, skim, kemudahan perubatan dan sebagainya.

Dalam sektor awam, gaji-gaji yang ditawarkan sangat kompetitif dan jika anda ingin gaji yang lumayan di sini bukanlah tempat yang betul.

Perlu diingat, tujuan utama perkhidmatan awam adalah untuk menyumbang kepada negara dan juga masyarakat.

3. Kemaskini Permohonan Setiap Tahun

Perkara ini sangat penting sekali iaitu sentiasa buat semakan jawatan kosong di portal rasmi SPA dan kemaskini maklumat permohonan anda kerana pada setiap tahun SPA akan membuat pengambilan baharu.

Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor iaitu terdapat penjawat awam yang sudah pencen dan ada juga penjawat awam yang telah dibuang kerja di atas beberapa masalah berkaitan disiplin dan sebagainya.

4. Faham Lokasi Penempatan

Pastikan dahulu anda tidak mempunyai sebarang masalah berkaitan lokasi penempatan untuk anda bekerja kelak. Dalam agensi awam ini, anda perlu mengikut ketetapan tempat bekerja yang telah diberikan untuk anda.

Jika anda seorang yang tidak suka berpindah-randah, anda dinasihatkan supaya tidak memohon untuk bekerja di bawah SPA Malaysia.

Tetapi anda boleh memohon di SPA Negeri kerana terdapat jawatan-jawatan yang khas untuk anda bertugas di kerajaan negeri masing-masing.

5. Jangan Minta Orang Lain Mohonkan Untuk Anda

Tips kelima dan yang paling penting sekali, jangan sesekali minta pertolongan orang lain untuk mengisi jawatan kosong untuk anda.

Terdapat ramai calon yang meminta orang lain memohon untuk mereka, kesudahannya mereka langsung tidak mengetahui tentang jawatan yang dipohon contohnya seperti deskripsi tugas, gaji, tempat penempatan dan sebagainya.

Ambil tahu semua perkara berkaitan dengan permohonan jawatan yang di mohon itu supaya nanti dalam sesi temuduga, jika ditanya soalan berkaitan dengan jawatan anda tidak tergagap-gagap untuk menjawabnya.

Kesimpulan

Sebelum membuat sesuatu perkara, tidak kira apa sekalipun perkara pertama yang perlu di buat adalah persediaan. Tanpa persediaan yang rapi, sukar untuk kita lakukan sesuatu perkara dengan lancar dan teratur.

Begitu juga dalam bidang pekerjaan, majikan akan melihat pembawakan diri kita di tempat temuduga terlebih dahulu sama ada kita sudah bersedia untuk melangkah ke alam pekerjaan atau masih terkapai-kapai mencari arah tuju.

Tambah-tambah lagi jika anda ingin bekerja dalam agensi kerajaan, dedikasi dan keyakinan diri perlulah tinggi.

Kedai Buku Online

Advertisement

Baca Lagi
artiKel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »
Jom Chat!