Selamat Datang ke Adjemz.Com

DOWNLOAD PANDUAN KERJAYA

Previous
Next

Date

7 Tips Menjawab Soalan “Mengapa Kami Perlu Mengambil Anda Bekerja?” Semasa Sesi Temuduga

Setiap kali sesi temuduga berlangsung, anda pasti akan ditanya soalan maut ini iaitu “Mengapa kami perlu mengambil anda bekerja?”. Apabila soalan ini diajukan, kebanyakan calon akan mula resah dan gemuruh untuk menjawabnya. Ada calon yang memberi respon jawapan secara acuh tak acuh, ada juga yang menjawab dengan cara yang salah, malah ada juga yang langsung tidak boleh menjawab soalan ini.
Oleh itu, bagi membantu anda menjawab soalan ini dengan mudah, lancar dan dalam keadaan siap sedia, melalui perkongsian artikel kali ini kami kongsikan tips-tips untuk menjawab soalan “Mengapa kami perlu mengambil anda bekerja?” ini dengan cara yang pantas dan terbaik.

Berikut adalah beberapa tips-tips berguna yang boleh membantu anda semasa sesi temuduga berlangsung iaitu :

 

1. Ucapan Terima Kasih

Setiap kali panel temuduga memberikan anda soalan, pastikan anda mengucapkan ucapan terima kasih kepada mereka dan di atas soalan yang telah diajukan itu. Hal ini bagi menunjukkan sikap hormat dan disiplin yang terdapat di dalam diri anda.

 

2. Merendah Diri

Tips yang kedua pula, sentiasa amalkan sikap merendah diri seperti peribahasa resmi padi semakin berisi semakin menunduk. Tidak perlu berbangga diri dengan setiap kebolehan dan kelebihan yang dimiliki oleh anda. Jangan sesekali bersikap sombong dan juga angkuh terutamanya ketika memberitahu tentang latar belakang dan kemahiran yang anda miliki. Amalkan sikap humble, obident dan teachnable.

Tunjukkan diri anda mampu menerima arahan dalam apa jua situasi dan mudah diajar serta bersedia untuk belajar.

3. Pengalaman Dan Pencapaian

Terangkan kepada panel temuduga tentang pengalaman dan juga pencapaian anda. Sekiranya anda memiliki pengalaman bekerja atau pun pencapaian di tempat anda bekerja, pastikan ianya sesuai dan mempunyai kaitan dengan jawatan yang dipohon dan ringkaskannya dengan padat dan terperinci.

4. Kekuatan, Kebolehan Dan Kelebihan

Selain itu, terangkan juga mengenai kekuatan, kebolehan dan juga kelebihan yang terdapat di dalam diri anda contohnya seperti kemahiran bertukang dan pengetahuan dalam urusan pentadbiran.

Kelebihan dan kekuatan ini bukan untuk ditunjuk-tunjuk tetapi untuk meletakkan diri anda lebih kehadapan dan mempunyai kelainan berbanding calon-calon yang lain.

5. Kemukakan Idea Dan Perancangan

Sebelum temuduga, kaji dahulu tentang jawatan atau pun kementerian yang terbabit dan senaraikan penambahbaikan yang boleh anda lakukan. Terangkan semua ini semasa soalan maut ini diajukan kepada anda.

Untuk tampil lebih bersedia dan menunjukkan kesungguhan, anda boleh kemukakan idea ini melalui kertas kerja atau pun dalam bentuk video dan sebagainya.

6. Jangan Merendahkan Calon Lain

Pastinya anda mengetahui, di dalam setiap sesi temuduga ramai calon-calon lain yang turut bersama-sama dengan anda untuk mendapatkan jawatan yang telah dipohon. Oleh itu, ketika sesi temuduga berlangsung, elakkan sikap mementingkan diri sendiri dengan mengatakan anda lebih layak dan hebat berbanding mereka,

Tetapi jawablah dengan secara berhemah dan merendah diri dengan mengatakan bahawa mungkin ada calon yang lebih baik daripada anda, namun anda berkeyakinan tinggi dapat menggalas tanggungjawab dengan baik jika diambil bekerja berpandukan pengetahuan serta kebolehan yang dimiliki.

7. Keyakinan

Tegaskan kepada panel temuduga dengan penuh yakin bahawa jika mereka memberi peluang kepada anda untuk memegang jawatan tersebut, anda akan memberikan sepenuh komitmen dan bertanggungjawab serta melakukan tugas dengan baik sekali.

Malah anda juga tidak akan sesekali menghampakan segala harapan dan kepercayaan yang telah diberikan oleh mereka.

Kesimpulan

Dalam sesi temuduga, setiap soalan yang diajukan perlulah dijawab dengan betul dan penuh yakin. Untuk mendapatkan keyakinan dan rasa semangat, anda perlu pastikan telah pun membuat persiapan yang rapi sebelum ditemuduga.

Apatah lagi, jika ditanya mengenai soalan maut ini, persediaan jawapan perlulah seiring dengan kelayakan dan kemahiran serta kebolehan yang terdapat di dalam diri anda.

Apa yang paling penting sekali, keyakinan mestilah berada di tahap yang paling tinggi di samping segala ilmu pengetahuan yang serba lengkap mengenai jawatan yang telah dipohon.

Semoga perkongsian ini, anda telah pun beroleh manfaat!

Kedai Buku Online

Advertisement

Baca Lagi
artiKel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »
Jom Chat!