Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website. (❁´◡`❁)
Style Switcher

Choose Colour style

For a better experience please change your browser to CHROME, FIREFOX, OPERA or Internet Explorer.
Panduan & Cara Buat Resume Terbaik Untuk Kerja

Date

cara buat resume
Advertisements

Video Panduan Cara Menghasilkan Resume Terbaik

Anda sedang mencari pekerjaan? Inginkan panduan cara  buat resume yang terbaik?

Jom lihat video berikut. 

Apa Itu Resume?

Resume adalah bentuk satu pengenalan diri bagi calon-calon (candidate) untuk meningkatkan dan menyerlahkan value mereka kepada bakal majikan.

 

Setiap calon, perlu menghantar satu lampiran maklumat diri kepada majikan dan kandungan maklumat tersebut perlu dipastikan lengkap, padat dan ringkas.

 

Kesalahan Resume Yang Biasa Dilakukan

  1. Info terlalu panjang dan tidak ringkas.
  2. Lebih dari 2 muka surat
  3. Gambar tidak sesuai dan nampak kurang profesional. 
  4. Kecuaian pada ejaan dan penggunaan bahasa
  5. Format resume yang tidak teratur dan  tidak seragam
  6. Terlalu banyak warna atau terlalu terang 

Tip & Cara Buat Resume Terbaik

  1. Masukkan nama penuh anda, alamat jalan, bandar, negeri, dan zip, nombor telefon, dan alamat e-mail supaya majikan dapat menghubungi anda dengan mudah.
  2. Maksimum untuk resume adalah 2 muka surat sahaja. Jika anda mempunyai lebih daripada enam atau tujuh tahun pengalaman, sila ringkaskan dan pastikan ia tidak melebihi 2 muka surat.
  3. Meletakkan gambar yang profesional
  4. Senaraikan tahap pendidikan dan pengalaman bekerja mengikut turutan. Bermula daripada yang terkini dahulu
  5. Senaraikan juga kejayaan atau pencapaian untuk setiap pekerjaan anda yang lepas. Ini akan meningkatkan lagi value diri anda di mata majikan
  6. Pamerkan perkara yang berkaitan dengan pekerjaan yang dimohon sahaja
  7. Ratekan setiap skill dan kemahiran yang anda miliki supaya majikan tahu apa tahap kepakaran terkini anda.
  8. Gunakan font yang profesional seperti Sans Serif, Tahoma, Arial, Helvetica, Arial, Trebuchet MS ataupun Geneva. Saiz font yang sesuai adalah di antara 10 hingga 12
  9. Hadkan penggunaan warna dalam resume. Hanya menggunakan dua atau tiga warna yang mempunyai tona yang sama
  10. Tiada format yang tetap pada resume. Ia bergantung kepada daya kreatif maing-masing untuk mereka bentuk resume.

Dapatkan panduan khas untuk menulis resume bagi memohon pekerjaan. Sesuai untuk kerja kerajaan atau kerja swasta.  Anda akan diajar cara bagaimana menyediakan resume yang memenuhi kehendak dan memukau bahagian HR. 

Anda boleh pilih & download mengikut keperluan anda.

Anda sedang menunggu panggilan temuduga kerja kerajaan? Baca dulu  Tip Temuduga SPA Kerja Kerajaan

Advertisements

Baca Lagi
artiKel

leave your comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »
Top

Cari, Kongsi & Promosikan
info berkaitan pendidikan secara online.
PERCUMA!