Selamat Datang ke Adjemz.Com

DOWNLOAD PANDUAN KERJAYA

Previous
Next

Date

7 Tips Persediaan Penting Temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

Anda akan menghadapi Temuduga Latihan Separa Perubatan? Jawatan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma bukan lagi sesuatu yang asing untuk zaman kini. Jawatan ini juga kebanyakan nya paling banyak dimohon oleh para belia khususnya yang berumur 25tahun dan kebawah ataupun selepas menduduki Sijil PelajaranMalaysia (SPM). 

 

Yang masih belum terbiasa atau belum pernah tau tentang jawatan ini, sebenarnya bidang ini merangkumi 10 jenis latihan dan antaranya ialah:

1. Latihan Jurupulih Perubatan Fisioterapi
2. Latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja
3. Latihan Jururawat
4. Latihan Juruterapi Pergigian
5. Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
6. Latihan Juruteknologi Pergigian
7. Latihan Juru X-ray
8. Latihan Penolong Pegawai Farmasi
9. Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
10. Latihan Penolong Pegawai Perubatan

Anda berminat menceburi salah satu bidang dalam 10  yang tersenarai di atas? Sudah memohon di laman SPA?

 

Jika sudah, ada satu perkara yang anda perlu tahu, selepas sesi temuduga atas talian dan anda berjaya, anda perlu ketahui bahawa setiap panel yang akan datang untuk menemuduga pada tahap seterusnya hanya di beri beberapa quota sahaja setiap jawatan atau beberapa jawatan sahaja dalam 10 bidang tersebut. Perlu diingatkan supaya anda memohon jawatan biarlah kerana minat bukan kerana paksaan atau kerana hanya ingin niat mencuba-cuba. 

 

Jadi di sini ada 7 tips penting untuk persediaan anda sebelum melangkah ke sesi temuduga seterusnya dan akan ada kelainan dari pencalonan yang lain dan seterusnya mungkin menjadi rezeki anda untuk terpilih menceburi dalam bidang ini jika memang tertulis rezeki anda di dalam sektor ini

1. Lawatan ke Klinik atau Hospital

Rajin kan diri anda untuk pergi ke klinik atau hospital berdekatan di perumahan anda supayadapat merasai sendiri pengalaman-pengalaman ketika berada di sana. Dengan adanya pengalaman anda dengan membuat lawatan ke klinik, dengan tidak sengaja anda sebenarnya sedang mencuba memerhati setiap jawatan perubatan yang ada di sana. Anda juga dapat merasakan sendiri apa sahaja perkerjaan yang setiap jawatan lakukan ketika berada di sana. Jadi apabila berada di dalam sesi temuduga itu nanti, anda boleh berkongsi dengan penuh keyakinan ceritakan apa yang anda lalui, apa yang anda lihat, apa yang anda pelajari. Mungkin serba sedikit boleh selitkan serba sedikit contoh-contoh pekerjaan yang mereka lakukan disepanjang pemerhatian anda di sana. Lagi-lagi jika anda dapat mengenal pasti setiap warna baju khusus untuk jawatan apa yang mereka sedang galas. Sungguh menakjubkan!

2. Aktifkan Diri

Aktifkan diri anda dengan pelbagai aktiviti sukan tidak kira sekitar kawasan perumahan, ataudengan teman-teman atau mungkin boleh libatkan diri anda dalam persatuan bulan sabit merah dan sebagainya supaya anda sendiri ada pengalaman bagaimana untuk mengawal situasi ketika dalam kecemasan. Dalam masa yang sama anda secara tidak langsung sudahmenambah ilmu perubatan.

3. ‘Keep Fit and Stay Healthy’

Semat dalam-dalam slogan ini dalam diri anda. Sebagai calon untuk menceburi bidang perubatan khususnya, anda sepatutnya terus menjaga kesihatan anda sendiri, anda perlusentiasa pastikan kesihatan berada di tahap paling maksima. Kerana anda membawa nama“PERUBATAN”. Yang lagi penting, ketika anda ingin menghadiri sesi temuduga, para panel boleh nampak dari sisi bagaimana anda berjalan sewaktu masuk ke ruang temuduga, bagaimana anda bercakap. Itu semua akan dinilai. Jika anda benar-benar jaga kesihatan, anda tidak akan adamasalah ketika sesi temuduga sedang berlangsung.

4. Baca dan Kaji Isu-Isu Semasa

Ini salah satu tips yang teramat penting di mana anda perlu sematkan dan penuhkan ilmudidada dengan isu-isu semasa terutamanya dari segi topik kesihatan. Semestinya, ini adalahantara soalan-soalan yang akan dibangkitkan atau diminta untuk anda kupas tentang isu kesihatan semasa untuk mengetahui sejauh mana anda mengikuti perkembangan isu semasa kesihatan di Malaysia. Sebagai contoh tentang Covid-19 atau HFMD. Sekarang sudahbangkit pula tentang isu kesihatan Campak Monyet ataupun Influenza A dalam kalangan kanak-kanak. Jadi perlu di ingat, sentiasa setiap sedia dari pelbagai sudut tentang isu semasa kesihatan di dalam Malaysia khususnya.

5. Kaji Struktur Kementerian Kesihatan Malaysia

Seperti kalian tahu, bidang ini dibawah kelolaan Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM). Kiranya seperti ketua kita. Jadi anda perlu tahu siapa ketua anda, dengan siapa anda bekerja, dengan siapa anda nak curahkan khidmat. Setiap 3tahun, ketua kementerian akan bertukar, jadi anda perlu mengikuti perkembangan struktur KKM ini. Kemungkinan ini juga akan menjadi salah satu persoalan ketika sesi temuduga. Tetapi hanyalah sebagai soalan lazim untuk panel tahu tahap keseriusan anda untuk berkhidmat denganKementerian Kesihatan Malaysia

6. Cari Mentor

Cari mentor bukan bermakna untuk dijadikan ‘kabel’ supaya anda senang untuk diserap masuk dalam bidang ini. Cari mentor bermaksud di sini untuk dijadikan pembimbing anda dari awal hingga akhir. Untuk menjadikan rujukan atas sebarang kekeliruan atau sebarang pertanyaan. Mungkin boleh melalui telefon atau terus bertemu di hospital atau klinik berdekatan. Buangkan rasa malu atau takut untuk meminta ilmu supaya anda tidak rugi di kemudian hari. Cari mentor yang tepat supaya dapat membantu perjalanan anda sepanjang tempoh temuduga nanti. Anda juga tidak salah untuk menceritakan kepada panel yang menemudugaanda yang anda ada berkomunikasi atau ada berbincang tentang beberapa perkara dengansi fulan untuk menambah ilmu dan mengetahui lebih lanjut tentang sekian maklumat
pekerjaan yang anda betul-betul minat.

7. Latihan Simulasi Temuduga

Biasakan diri anda dengan membuat latihan simulasi temuduga supaya anda tidak terlalu gugup atau takut ketika sesi sebenar temuduga. Latihan simulasi ini juga bagus untuk meningkatkan keyakinan anda sewaktu temuduga nanti. Biarlah orang nampak macamandagila bercakap sendiri, tapi kepuasan itu anda sendiri yang akan rasa. Anda juga boleh meminta bantuan ahli keluarga atau teman rapat untuk bersama-sama bantu anda membuat latihan simulasi temuduga ini. Pastinya akan lebih seronok dan membantu! Jadi, tiada lah tergagap-gagap ketika di temuduga nanti kan?

Kesimpulan

7 Tips penting diatas yang dikongsikan adalah untuk membantu calon-calon yang ingin menceburi dalam bidang separa perubatan taraf diploma. Jika anda betul-betul boleh mengikuti kesemua tips penting diatas, pasti anda salah seorang calon yang lain dari yang lain. Calon yang penuh ilmu didada dan penuh dengan persediaan.
Ingat satu perkara, cari bidang yang betul-betul anda minat supaya anda tidak kecundang di pertengahan latihan nanti. Bidang ini juga banyak melibatkan khidmat kita kepada awamjadi banyakkan bergaul atau memberi bantuan kepada orang awam supaya tidak terlalu kekok kemudian hari. Banyakkan timba pengalaman dan ilmu sepanjang menanti panggilantemuduga seterusnya. Semoga tips-tips diatas sangat bermanfaat untuk kalian dan semoga urusan kalian untuk sesi temuduga dipermudahkan dan berjalan lancar!

Kedai Buku Online

Advertisement

Baca Lagi
artiKel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »
Jom Chat!