Belajar Membaca Dan Memahami Ayatul Kursi Dengan Terjemahan Bahasa Melayu
Ayat kursi ini merupakan ayat yang ke-255 dalam Surah Al-Baqarah dan dijadikan bacaan serta hafalan dan kebiasaanya di baca selepas solat fardu. Ayat ini dibaca untuk mendapat keredhaan serta perlindungan daripada Allah.
Ayat Kursi

Maksud Ayat Kursi
Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.
Tafsir Ayat Kursi & Kelebihan Membacanya

Video Koleksi Tafsir Ayat Kursi
Baca & ketahui ganjaran serta kelebihan mengamalkan bacaan ayat Kursi dalam kehidupan harian.
Ayat Kursi dalam Ejaan Rumi
Allahu Laa ilaha illa Huwa, Al-Haiyul Qaiyum
La Ta’ Khuzuhu Sinatuw Wa La Naum,
Lahu Ma Fis Sama Wati Wama Fil Ard
Man Zal Lazi Yasy Fa’u Indahu illa Bi iznih
Ya’ Lamu Ma Baina Aidihim Wama Khal Fahum
Wala Yuhitu Na Bi Syi im Min ilmihi illa Bima Syaa
Wasi ‘a Kursiy Yuhus Sama Wati Wal Arda
Wa La Ya Uduhu Hif Zuhuma Wa Huwal Aliy Yul Azim
Transliterasi Ejaan Rumi Untuk Membantu Pembacaan.
Ejaan rumi ni adalah sebagai rujukkan bacaan sahaja bagi membantu saudara baru dan mereka yang masih tidak lancar membaca quran. Diharap ia mempermudahkan bacaan, hafalan dan seterusnya dapat diamalkan sebagai bacaan dalam solat dan juga sebagai amalan harian
Sebutan huruf yang sebenar perlulah rujuk dengan orang yang lebih arif…Kita perlu membaca quran dengan sebutan dan tajwid yang betul supaya maknanya tak lari..
Tujuan kami adalah untuk memudahkan membaca dan memahami Al-Quran. Anda juga boleh membaca keseluruhan Al-Quran dengan pelbagai bahasa di sini

Cara Belajar Mengaji Al Quran Sendiri Dan Seterusnya Khatam Dengan Mudah
Malu nak berguru, ramai yang cuba belajar mengaji AlQuran melalui YouTube. Tapi, anda perlulah buat dengan kaedah yang betul. Baca caranya…