Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by whitelisting our website. (❁´◡`❁)
Style Switcher

Choose Colour style

For a better experience please change your browser to CHROME, FIREFOX, OPERA or Internet Explorer.
Cara Belajar Mengaji Al Quran Sendiri Dan Seterusnya Khatam Dengan Mudah
Advertisements

Bagaimana Cara Belajar Sendiri Mengaji Al Quran?

Benarkah ada cara yang mudah untuk belajar mengaji Al Quran sendiri? Boleh ke? Macam mana nak  cepat khatam?

 

Tidak dinafikan, ramai yang masih tidak tahu atau tidak lancar membaca dan mengaji Al Quran. Nak belajar secara berguru, malu pulak… Jangn risau anda tidak keseorangan. Asalkan anda ada niat untuk cuba membaca dan kenal quran. InsyaAllah, ada jalannya untuk anda. Semoga Allah permudahkan.

Belajar Mengaji Al Quran Sendiri Melalui Youtube.

Oleh kerana malu nak berguru, ramai yang cuba belajar mengaji sendiri melalui YouTube. Sebenarnya,  tidak salah. Ilmu itu boleh dipelajari melalui apa-apa medium. Banyak channel yang mengajar secara percuma. Hanya perlu subscribe dan tonton.

 

Tapi, anda  perlulah melakukannya  dengan kaedah yang betul. 

 

Sekiranya anda salah seorang yang  baru mahu bermula belajar quran, jom kami kongsikan caranya.

Langkah Yang Perlu Anda Buat Untuk Belajar Al Quran dan Mengaji Sendiri.

Langkah 1:

Pastikan Anda Kenal Huruf Dulu .  ( KENAL & INGAT  HURUF HIJAIYAH)

Untuk membaca ayat quran perlulah kenal hurufnya terlebih dahulu. Untuk yang baru, memang agak mengelirukan kerana banyak bentuk yang kelihatan sama. Ada juga yang mempunyai bunyi yang seakan sama. Ini memang susah nak ingat… Jangan risau, anda boleh belajar sendiri dulu untuk kenal huruf-huruf quran.

 

Boleh belajar mengingati huruf secara nyanyian menggunakan video Omar & Hana ini. 

Langkah 2:

Pastikan Anda Sudah Tidak Keliru Dengan  Tanda Bacaan Asas.

Setelah mengenali huruf-huruf quran, anda perlu tahu bunyi yang dihasilkan mengikut tanda bacaannya.  Setiap satu huruf quran akan menghasilkan bunyi yang berbeza mengikut tanda bacaannya. Jadi belajar dulu asas bunyi ini supaya anda tidak keliru.

Kini ada bermacam-macam apps yang anda boleh download.  Mudah untuk anda belajar hanya menggunakan phone.

Antaranya

Langkah 3:

Lancarkan Bacaan Dengaan Surah-surah Dalam Juz Amma

Tahniah! Setelah anda tahu dan dapat membezakan huruf quran dan sebutan mengikut tanda bacaan, kini anda boleh mula membaca Al Quran. Mulakan dengan surah-surah pendek yang terkandung dalam Juz Amma.

Juz Amma merupakan juz terakhir atau juz 30 di dalam Al Quran yang berisi kumpulan surah pendek yang terdiri dari 37 surah.

Pilih saja mana-mana surah yang anda suka. Anda boleh pilih apa-apa jua medium yang anda suka dan selesa, sama ada melalui applikasi telefon atau melalui youtube.  Anda boleh belajar membaca dengan berpandukan bacaan dari qari pilihan anda. Sambil mengulangi bacaan,  anda boleh periksa dan cuba mengikuti dan mengingati huruf dan menyemak tanda bacaan.  Ikuti bacaan dan ulang berkali-kali sehingga anda dapat membaca setiap ayat dengan lancar.

 

Setelah lancar surah pertama, pilih surah yang lain pula dan mulakan sekali lagi. Dengan cara ini, InsyaAllah lama-kelamaan anda akan lebih yakin membaca quran dan lengkap membaca 1 juz quran.

 

Tahukah anda, dengan mengikuti tip-tip dan langkah yang kami sarankan ini, selain anda dapat  mula membaca  quran, anda juga boleh terus menghafalnya. Sambil memghafal anda juga boleh pelajari dan fahami makna setiap surah tersebut.

 

Dengan cara ini anda akan memperolehi 3 keuntungan serentak, iaitu mula membaca quran, menghafal dan memahami isi kandungan quran secara serentak! Menarikkan..?

 

Kini dengan menghafal setiap surah dengan sepenuh hati dan dapat membacanya dalam solat, akan menjadikan solat anda lebih kusyuk kerana anda faham apa yang anda baca. InsyaAllah..

 

Berikut adalah surah-surah yang terkandung dalam Juz Amma yang boleh anda pilih, klik dan mulakan…

✨ BACA SURAH AN NABA’ DENGAN PANDUAN SEBUTAN HURUF RUMI

Klik Sini ➤➤https://adjemz.com/SurahAnNaba_RUMI

 

✨ TAFSIR SURAH AN NABA

Klik Sini ➤➤https://adjemz.com/TafsirSurahAnNaba

✨SURAH AN NAZIAT DENGAN PANDUAN SEBUTAN HURUF RUMI Klik Sini ➤➤https://adjemz.com/SurahAnNaziat_RUMI

 

Baca Quran Online – Surah An Naazi’aat 

✨SURAH ABASA DENGAN PANDUAN SEBUTAN HURUF RUMI

Klik Sini ➤➤https://adjemz.com/SurahAbasa_RUMI

Baca Quran Online – Surah A’basa

✨SURAH AT TAKWIR DENGAN PANDUAN SEBUTAN HURUF RUMI

Klik Sini ➤➤https://adjemz.com/SurahAtTakwir_RUMI

Baca Quran Online- Surah At Takwir

✨SURAH AL INFITAR DENGAN PANDUAN SEBUTAN HURUF RUMI

Klik Sini ➤➤https://adjemz.com/SurahInfitar_RUMI

 

 

Baca Quran Online – Surah Al Infithaar

✨SURAH AL MUTHAFFIFFIN DENGAN PANDUAN SEBUTAN HURUF RUMI

Klik Sini ➤➤https://adjemz.com/SurahAlMutaffiffin_RUMI

Baca Quran Online – Surah Al Muthaffifiin

Langkah Terakhir - Belajar Mengaji Al Quran Dengan Guru

Setelah anda berjaya membaca surah-surah dari Juz Amma dengan lancar, kami sarankan agar anda untuk mencari guru, ustaz atau ustazah untuk menyemak bacaan anda. Kami yakin, pada tahap ini, semestinya anda tidak akan rasa malu lagi kerana anda telah pun agak pandai dan membaca quran.

 

Langkah ini penting kerana sekiranya anda belajar sendiri melalui YouTube sahaja, tidak ada sesiapa yang akan menegur kesilapan anda.  Pelajaran juga menjadi one-way communications kerana tidak ada feedback. Jadi adalah lebih baik untuk mencari guru dan menyemak bacaan anda. 

Minta guru anda menyemak bacaan surah-surah dari juz Amma dulu,  seterusnya belajarlah mengaji keseluruhan quran dan akhirnya anda boleh khatam quran dengan mudah. InsyaAllah

Advertisements

Baca Lagi
artiKel

leave your comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »
Top

Cari, Kongsi & Promosikan
info berkaitan pendidikan secara online.
PERCUMA!