PROJEK WAKAF AL QURAN 2023

PELABURAN SAHAM AKHIRAT

SEDEKAH JARIAH, PAHALA BERTERUSAN UNTUK SAHAM AKHIRAT

MENYEMAI & MENYEBARKAN ILMU

SUPAYA LEBIH RAMAI ORANG DAPAT MEMBACA & MEMPELAJARI ILMU AL QURAN

MASIH RAMAI YANG MEMERLUKAN

PELUANG UNTUK MEMBANTU MEREKA YANG MEMERLUKAN AL QURAN

Semoga setiap huruf al-Quran yang dibaca, menjadi sumber pahala yang berterusan kepada para pewakaf.
Mudah-mudahan Allah balas senaskhah al-Quran yang diwakafkan dengan ganjaran syurga. Amin...

68,968 AL-QURAN WAKAF SUDAH DIHANTAR

Tahun 2022 adalah tahun KE-10 Bookcafe melaksanakan Projek Wakaf Al-Quran ini.

Pada 2022 – Bookcafe telah membuat penghantaran sebanyak 16,949 naskhah Al-Quran kepada 65 penerima wakaf 

Berikut adalah  rekod bilangan naskhah wakaf al-Quran sudah diserahkan kepada 450 penerima wakaf yang berdaftar

UPDATE TERKINI !

Status Program 

Kuantiti wakaf yang diperlukan adalah sebanyak 5,440 dan ada 10 pihak yang memerlukan sumbangan wakaf.

Info Program Dikemas kini pada: 17 Mac 2023.

AKTIVITI WAKAF

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” - Surah al-Baqarah, ayat 261.

BAGAIMANA PROJEK WAKAF AL-QURAN DILAKSANAKAN?

1. Pihak Bookcafe akan mencari tempat yang memerlukan wakaf al-Quran. Borang permohonan dibuka untuk mendapatkan maklumat penerima wakaf & jumlah al-Quran yang diperlukan. 

2. Sumbangan wakaf dibuka kepada orang ramai. Jumlah sumbangan adalah RM20 bagi setiap naskhah al-Quran yang mahu diwakafkan.

3. Bookcafe akan mengumpulkan jumlah sumbangan & akan membuat pembelian al-Quran mengikut kuantiti yang diwakafkan oleh orang ramai. 

 

4. Apabila kuantiti wakaf mencukupi seperti yang diperlukan oleh penerima wakaf, Bookcafe akan membuat penghantaran secara percuma kepada penerima wakaf. Gambar proses penghantaran & penerimaan wakaf akan dikongsikan untuk makluman semua pihak.

 

Update terkini jumlah wakaf & gambar penghantaran boleh dirujuk di channel telegram Projek Wakaf: https://t.me/projekwakaf

wakaf quran

Dari Abu Huhairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”. Hadis riwayat Muslim.

ANDA PERLUKAN QURAN DIWAKAFKAN KE TEMPAT PILIHAN ANDA SENDIRI?

1. Mahu beli al-Quran untuk kegunaan sendiri?

2. Mahu beli & buat penghantaran wakaf sendiri kepada mana-mana penerima yang anda mahu?

Hubungi kami untuk bantuan. 

HUBUNGI KAMI

Assalamualaikum wbt.

Saya Azmawati (Adjemz.Com) mewakili pihak penerbitan bagi Program Wakaf Al-Quran 2023 anjuran PTS Bookcafe Sdn Bhd. akan membantu anda dalam mengendalikan urusan wakaf quran untuk pihak anda. 

Sekiranya ada sebarang masalah atau pertanyaan berkaitan program wakaf al quran ini, sila hubungi kami di

Translate »
Jom Chat!