Selamat Datang ke Adjemz.Com

Surah An Naziat
Dengan Panduan Sebutan Huruf Rumi

- Surah 79 : 46 Ayat -

Surah An Naziat
Dengan Panduan Rumi
Surah 79 : 46 Ayat
Dalam Surah ini Allah memberikan penegasan tentang hari kebangkitan dan hari kiamat. Allah juga memberikan ancaman kepada orang-orang yang masih mendustakan kebenarannya dan masih leka dengan urusan dunia dan tidak membuat persedian untuk menghadapinya.

✨ BACA & DOWNLOAD SURAH SECARA ONLINE

Klik Sini ➤➤ SURAH AN NAZIAT

1.Wan Nazi ‘A Ti Ghar Qa

2.Wan Na Syi Tha Ti Nash Tha

3.Was Sabiha Ti Sabha

4.Fas Sabiqa Ti Sabqa

5.Fal Mu Babbira Ti Amra

6.Yawma Tarju Fur Rajifah

7.Tatba ‘u Har Radifah

8.Qulu Buy Yauma iziw Wajifah

9.Abso Ruha Kha Syi ‘Ah

10.Ya Qulu Na A ‘inna Lamardu Duna Fil Hafirah

11.A-iza Kunna ‘izo Man Nakhirah

12.Qalu Tilka izan Kar Ratun Khasirah

13.Fa inna Ma Hiya Zajra Tuw Wahidah

14.Faiza Hum Bis Sahirah

15.Hal Ataka Hadi Tsu Musa

16.Iz Nadahu Rabbuhu Bil Wadil Muqad Dasi Tuwa

17.Izhab ilaa Fir’auna innahu Tagha

18.Faqul Hal Laka ila An Tazakka

19.Wa Ahdi Yaka ila Rabbika Fatakh Sya

20.Fa Arahul Ayatal Qubra

21.. Fa Kazzaba Wa Asa

22.Tsum Ma Adbara Yas ‘A

23.Faha Shara Fanada.

24.Faqola Ana Rabbu Kumul A’la

25.Fa A Kha Zahul Lahu Naka Lal Akhirati Wal Ula

26.Inna Fi Zalika La ‘ib Ratal Limaiy Yaksha

27.A-antum A Shaddu Khalqan Amis Sama U Banaha

28.Raf ‘A Sam Kaha Fasaw Waha

29.Wa Ag Tasya Lailaha Wa Akh Raja Duhaha

30.Wal Arda Ba’da Zalika Dahaha

31.Akhraja Minha Ma A’ha Wa Mar A’ha

32.Wal Jibala Arsaha.

33.Mata A’l Lakum Wali An ‘A Mikum

34.Fa i’za Jaa A’Tit Thom Matul Qubra

35.Yauma Yata Zakkarul insa Numasa ‘A

36.Wa Burri Zatil Jahimu Limay Yara

37.Fa Amma Man Tagha.

38.Wa Asaral Hayatad Dunya

39.Fa innal Jahima Hiyal Ma’wa

40.Wa Amma Man Khafa Maqama Rabbihi Wa Nahan Nafsa A’ Nil Hawa

41Fa innal Jan Nata Hiyal Ma’wa

42.Yas A’ Lunaka A’nis Sa’ati Ayyana Mursaha

43.Fima Anta Min Zikraha

44.ila Rabbika Mun Tahaha

45.Innama Anta Mun Ziru May Yak Shaha

46.Ka Anna Hum Yawma Yaraw Naha Lam Yal Basu illa A’shiy Yatan Aw Duhaha

1. Demi (malaikat) yang mencabut (nyawa) dengan cara yang sekasar-kasarnya;

2. Demi (malaikat) yang mencabut (nyawa) dengan cara yang selembut-lembutnya;

3. Dan demi (malaikat) yang turun (menerima perintah) dari langit dengan cepat

4. Lalu masing-masing berlumba-lumba dahulu-mendahului (menjalankan tugasnya dengan cara yang sesungguh-sungguh);

5. Serta menyempurnakan tadbir urusan alam yang diperintahkan kepadanya;

6. (Sungguh, kamu akan dibangkitkan) pada hari ketika tiupan pertama menggoncangkan alam

7. Tiupan yang pertama itu diikuti oleh tiupan yang kedua, (yang menyebabkan orang-orang yang mati semuanya hidup semula serta keluar dari kubur masing-masing);

8. Hati (manusia) pada hari itu merasa sangat takut,

9. Pemandangannya tunduk gerun.

10. Mereka (yang ingkar) berkata: “Sungguhkah kita akan dikembalikan hidup seperti keadaan di dunia dahulu?”

11. “Bolehkah (dihidupkan semula) sesudah kita menjadi tulang yang reput?”

12. Mereka berkata lagi “ Kalau demikian, sudah tentu kembalinya kita (hidup semula) itu satu perkara yang merugikan!”

13. (Menghidupkan semula tidaklah sukar), kerana berlakunya perkara itu hanyalah dengan satu jeritan sahaja (yang terbit dari tiupan sangkakala yang kedua);

14. Yang menyebabkan mereka dengan serta-merta berada di muka bumi yang putih rata

15. Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa?

16. Ketika dia diseru oleh Tuhannya di “Wadi Tuwa” yang suci;

17. (Lalu diperintahkan kepadanya): Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas (dalam kekufuran dan kezalimannya);

18. Serta katakanlah kepadanya: Adakah engkau mahu mensucikan dirimu (dari kekufuran)?

19. Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut kepadaNya?

20. Lalu (Musa) memperlihatkan kepada Firaun: Mukjizat yang besar.

21. Tetapi Firaun mendustakan (Nabi Musa) dan menderhaka (kepada Allah);

22. Kemudian dia berpaling ingkar sambil menjalankan usahanya menentang (Nabi Musa).

23. Lalu dia menghimpunkan orang-orangnya dan menyeru;

24. Dengan berkata: ”Akulah tuhan kamu, yang tertinggi.”

25. Maka Allah menghukumnya dengan azab diakhirat dan diseksa di dunia

26. Sungguh, yang demikian itu terdapat pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang takut (kepada Allah).

27. (Wahai golongan yang ingkarkan kebangkitan hidup semula!) Kamukah yang sukar diciptakan atau langit? Tuhan telah membinanya (dengan Kukuh)!

28. Dia telah meninggikan bangunan langit itu lalu menyempurnakannya,

29. Dan Dia menjadikan malamnya gelap-gelita, serta menjadikan siangnya terang-benderang

30. Dan bumi sesudah itu Dia menghamparkannya (untuk kemudahan penduduknya);

31. Darinya Dia pancarkan mata air, dan (ditumbuhkan) tumbuh-tumbuhannya

32. Dan gunung-ganang pula, Dia pancangkan dengan teguh

33. (Semuanya itu) untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu

34. Maka apabila datang hari yang bencananya amat besar (Hari Kiamat);

35. Iaitu hari manusia akan mengingati apa yang telah diusahakannya;

36. Dan Neraka diperlihatkan dengan jelas kepada setiap orang yang melihat

37. Maka, adapun orang yang melampau batas,

38. dan lebih mengutamakan kehidupan dunia semata-mata;

39. Maka sesungguhnya Neraka Jahannamlah tempat kediamannya

40. Dan Adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari (keinginan) hawa nafsunya

41. Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.

42. Mereka (yang ingkar) selalu bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: “Bilakah masa datangnya?”

43. Untuk apa engkau perlu menyebutkan (akan bila datang waktunya)?

44. Kepada Tuhanmulah terserah kesudahan ilmu mengenainya (ketentuan waktunya).

45. Tugasmu (Muhammad) hanyalah memberi amaran kepada orang yang takut akan huru-hara hari kiamat itu.

46. Pada hari ketika mereka melihat hari kiamat itu (Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu) mereka merasa seakan-akan hanya (sebentar sahaja) tinggal (di dunia) hanya sekadar satu petang atau paginya sahaja.

*Transliterasi Ejaan Rumi  Untuk Membantu Pembacaan.

Ejaan rumi ni adalah sebagai rujukkan bacaan sahaja bagi membantu saudara baru dan mereka yang masih tidak lancar membaca quran. Diharap ia mempermudahkan bacaan, hafalan dan seterusnya dapat diamalkan sebagai bacaan dalam solat dan juga sebagai amalan harian 
Sebutan huruf yang sebenar perlulah rujuk dengan orang yang lebih arif…Kita perlu membaca quran dengan sebutan dan tajwid yang betul supaya maknanya tak lari..Tujuan kami adalah untuk memudahkan membaca dan memahami Al-Quran. Anda juga boleh membaca keseluruhan Al-Quran dengan pelbagai bahasa di sini

Projek Wakaf Quran

Kedai Buku

Advertisement

Translate »
Jom Chat!