

Anda mesti pernah dengar atau telah pun mencuba masakan botok-botok ikan tenggiri tetapi pernahkah anda makan botok-botok ikan kayu atau ikan aya yang direbus bersama santan?
Sebenarnya, admin rasa mungkin agak tidak tepat untuk menamakan makanan ini sebagai botok botok kerana cara masakannya agak berbeza dengan yang kebiasaan iaitu kukus. Oleh kerana keluarga admin mengelarkannya botok botok, jadi admin turut akan menggunakan nama ini. Sekiranya anda tahu nama sebenar masakan ini. boleh komen di bawah ye.. 😊
Seperti yang admin tulis di atas, keistimewaan resipi ini, ia tidak dikukus. Ia akan direbus selama 3-4 jam dengan santan kelapa. Variasi cara masakan ini mengeluarkan rasa lemak ulam yang amat lazat dan unik bila dimakan bersama nasi putih panas dan sambal belacan.
Oleh kerana keluarga admin adalah pengemar ulam-ulaman, anda akan lihat macam-macam ulam diletakkan. Ulam lebih banyak dari isi ikan. Lagi banyak ulam dan campuran ulam lagi best! Ikan kayu yang digunakan hanya menjadi perencah untuk menyedapkan rasa botok botok ini dan juga untuk anak-anak.
Sekiranya anda ingin mencuba resipi ini, anda boleh menggunakan apa-apa jenis dan sebanyak mana pun ulaman yang anda suka.
1 ekor ikan kayu yang di potong kecil dan dibuang tulangnya.
Kuantiti dan jenis ulam yang ingin digunakan bergantung pada citarasa anda.
Semua bahan-bahan ini perlu di blend/kisar halus.
Bahan Untuk Kuah Tumisan
Bahan Untuk Merebus Botok-botok
Minyak terpakai jangan dibuang kerana ia boleh mencemarkan alam sekitar. Antara alternatif terbaik adalah menjadikannya sabun basuh pinggan. Jom lihat video di bawah macam mana mudahnya buat sabun basuh pinggan dari minyak masak terpakai ni… https://youtu.be/sF85UO03JKo Hanya belajar cara tukarkan minyak masak kepada sabun maka terhasillah sabun yang selamat dan menjimatkan. Apa yang paling…
Pernah dengar Miang Kham? Kalau nak tahu, ia adalah sejenis makanan tradisional yang sangat popular di Thailand. Miang Kham adalah sejenis makanan ringan yang sangat sedap dan menyihatkan. Bahan utamanya adalah daun Kaduk. Sesiapa yang pernah makan daun kaduk mesti tahu, rupa dan bau daun kaduk ni. Rupanya seakan-akan daun sireh. Mungkin sebab inilah ada juga…
Kalau makanan sedap, restoran dalam hutan pun orang akan datang. Ini lah yang boleh diibaratkan untuk restoran ini. Dengan lokasi yang agak jauh masuk ke dalam dari jalan utama, sampai ramai customer yang sesat-sesat pun boleh jadi terkenal dan sentiasa dikunjungi. Kisah pemilik restoran ini boleh dijadikan inspirasi untuk kita semua. Bermula kecil-kecilan, sentiasa…
Adjemz menyediakan solusi untuk anda mencari dan berkongsi maklumat dalam talian berkaitan bidang pendidikan, bisnes dan ilmu pengetahuan