

Pernah dengar Miang Kham? Kalau nak tahu, ia adalah sejenis makanan tradisional yang sangat popular di Thailand.
Miang Kham adalah sejenis makanan ringan yang sangat sedap dan menyihatkan. Bahan utamanya adalah daun Kaduk. Sesiapa yang pernah makan daun kaduk mesti tahu, rupa dan bau daun kaduk ni. Rupanya seakan-akan daun sireh. Mungkin sebab inilah ada juga yang panggil Miang Kham ni sireh Thailand. Sebab makannya ala-ala macam makan sirehkan..
Pada admin, rasa daun kaduk ni takdela best sangat. Tapi kalau dimakan mentah dengan sos dan gabungan bahan kudapan miang kham ni, lain machiammm sedappnye tau…!!
Berikut adalah video cara menyediakan miang kham dengan sos resipi yang dikongsi oleh seorang kawan admin.
Jangan simpan sorang2 resipi ni tau, Kongsi lah juga dengan kawan-kawan yang lain.. 😊
Cara-Cara
1 . Hiris bahan-bahan berikut
2. Bahan-bahan hirisan ini perlu digoreng tanpa minyak dulu
3. Setelah agak garing, tumbuk atau blend bersama belacan
4. Masak kesemua bahan yang telah diblend di dalam kuali
5. Tambahkan gula merah, sos ikan secukup rasa
6. Tambahkan sedikit air (agak2 – jangan banyak sangat sebab taknak sos terlalu cair)
7. Masak sehingga sos pekat dan menjadi kehitaman
Kuantiti bergantung pada citarasa anda.
1. Bahan seperti kelapa cincang (kami menggunakan kelapa parut sebagai ganti), udang kering dan kacang tanah perlu lah di goreng tanpa minyak
2. Bahan-bahan lain potong kecil-kecil supaya mudah dimakan.
Calitkan sos pada daun kaduk, dan masukan sedikit semua bahan-bahan yang ada, balut dan ngapp..!!
Minyak terpakai jangan dibuang kerana ia boleh mencemarkan alam sekitar. Antara alternatif terbaik adalah menjadikannya sabun basuh pinggan. Jom lihat video di bawah macam mana mudahnya buat sabun basuh pinggan dari minyak masak terpakai ni… https://youtu.be/sF85UO03JKo Hanya belajar cara tukarkan minyak masak kepada sabun maka terhasillah sabun yang selamat dan menjimatkan. Apa yang paling…
Kalau makanan sedap, restoran dalam hutan pun orang akan datang. Ini lah yang boleh diibaratkan untuk restoran ini. Dengan lokasi yang agak jauh masuk ke dalam dari jalan utama, sampai ramai customer yang sesat-sesat pun boleh jadi terkenal dan sentiasa dikunjungi. Kisah pemilik restoran ini boleh dijadikan inspirasi untuk kita semua. Bermula kecil-kecilan, sentiasa…
Anda mesti pernah dengar atau telah pun mencuba masakan botok-botok ikan tenggiri tetapi pernahkah anda makan botok-botok ikan kayu atau ikan aya yang direbus bersama santan? Sebenarnya, admin rasa mungkin agak tidak tepat untuk menamakan makanan ini sebagai botok botok kerana cara masakannya agak berbeza dengan yang kebiasaan iaitu kukus. Oleh kerana keluarga admin mengelarkannya botok…
Adjemz menyediakan solusi untuk anda mencari dan berkongsi maklumat dalam talian berkaitan bidang pendidikan, bisnes dan ilmu pengetahuan