Selamat Datang ke Adjemz.Com

Membaca Surah An Naba Dengan Panduan Sebutan Huruf Rumi

An-Naba’ artinya berita besar. Surah An-Naba’ terdiri dari 40 ayat termasuk golongan surah Makkiyah dan diturunkan setelah surah Al-Ma’arij. Dinamakan An-Naba’ karena diambil dari lafaz ayat ke dua darinya. Surat ini disebut juga ‘amma yatasa alun sebagaimana diambil dari ayat pertama.

Surah An Naba

Surah An Naba Dalam Tulisan Rumi

1) ‘Amma Yatasaa ‘alun
2) ‘Anin-nabaa-il ‘azim
3) Allazi hum fihi mukh talifun
4) Kallaa saya’ lamun
5) Summa kallaa saya’ lamun
6) Alam naj’alil arda mihaada
7) Wal jibala au taada
8) Wa khalaq naakum azwaaja
9) Waja’alna naumakum subaata
10) Waja’alnal laila libaasa
11) Waja’alnan nahaara ma ‘asya
12) Wa banaina fauqakum sab ‘an syidada
13) Waja’alna siraajaw wah haja
14) Wa anzalna minal m’usiraati ma’an sajjaja
15) Linukh rija bihi habbaw wana baata
16) Wa jan naatin alfafa
17) Inna yaumal-fasli kana miqaata
18) Yauma yun fakhu fis-suri fata’ tuna afwaaja
19) Wa futiha tis sama-u fakaanat abwaaba
20) Wa suyyi ratil jibaalu fa kaanat saraaba
21) Inna jahan nama kaanat mirsaada
22) Lit taa ghena maa ‘aba
23) Laa bisina fihaa ahqaaba
24) Laa ya zuquna fiha bar daw walaa syaraaba
25) illa hami maw wa ghas saaqa
26) Jazaa aw wi faaqa
27) Innahum kaanu laa yarjuna hisaaba
28) Wa kazzabu bi aayaa tina kizzaba
29) Wa kulla syai-in ahsai naahu kitaa ba
30) Fa zuqu falan-nazee dakum illaa azaaba
31) Inna lil mutta qina mafaaza
32) Hadaa-iqa wa a’naa ba
33) Wa kawaa ‘iba at raaba
34) Wa ka’san di haaqa
35) Laa yasma ‘una fiha lagh waw walaa kizzaba
36) Jazaa-am mir rabbika a’thaa ‘an hisaaba
37) Rabbis samaa waati wal ardi wa maa baina humar rahmaani laa yam likuna minhu khitaaba
38) Yauma yaqu mur ruhu wal malaa-ikatu saffal laa yatakallamuna illaa man azina lahur rahmaanu wa qaala sawaaba
39) Zaalikal yaumul haqqu faman syaa-at ta khaaza illaa rabbihi ma-aaba
40) Innaa anzar naakum azaaban qaribay-yauma yan zurul mar-u maa qaddamat yadaahu wa ya qulul-kaafiru yaa lai tani kuntu turaaba

Transliterasi Ejaan Rumi Untuk Membantu Pembacaan.

Ejaan rumi ni adalah sebagai rujukkan bacaan sahaja bagi membantu saudara baru dan mereka yang masih tidak lancar membaca quran. Diharap ia mempermudahkan bacaan, hafalan dan seterusnya dapat diamalkan sebagai bacaan dalam solat dan juga sebagai amalan harian 

Sebutan huruf yang sebenar perlulah rujuk dengan orang yang lebih arif…Kita perlu membaca quran dengan sebutan dan tajwid yang betul supaya maknanya tak lari..

Tujuan kami adalah untuk memudahkan membaca dan memahami Al-Quran. Anda juga boleh membaca keseluruhan Al-Quran dengan pelbagai bahasa di sini

Advertisements

Terjemahan Surah An Naba dalam Bahasa Melayu

1. Tentang apakah mereka bertanya-tanya?

2. Tentang berita yang besar, (berita kebangkitan manusia hidup semula menerima balasannya).

3. Yang mereka (ragu-ragu dan) berselisihan mengenainya.

4. Jangan! (Janganlah mereka bersikap demikian!) Mereka akan mengetahui (dengan yakin tentang kebenaran hari balasan itu).

5. Sekali lagi jangan! (Janganlah mereka berselisihan!) Mereka akan mengetahui kelak (tentang apa yang akan menimpa mereka).

6. (Mengapa kamu ragu-ragukan kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang telah mati?) Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan?

7. Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya?

8. Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasang?

9. Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat?

10. Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)?

11. Dan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) masa untuk mencari rezeki?

12. Dan Kami telah membina di atas kamu tujuh petala (langit) yang kuat kukuh?

13. Dan Kami telah mengadakan matahari menjadi lampu yang terang-benderang cahayanya?

14. Dan Kami telah menurunkan dari awan, air (hujan) yang mencurah-curah

15. Untuk Kami mengeluarkan dengan air itu, biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan

16. Serta kebun-kebun yang subur bertaut-taut pokoknya?

17. Sesungguhnya hari pemutusan hukum itu, adalah satu masa yang ditentukan,

18. Iaitu masa ditiup sangkakala, lalu kamu (bangkit hidup) serta datang berpuak-puak (ke Padang Mahsyar);

19. Dan (pada masa itu) langit dipecah belahkan sehingga tiap-tiap belahannya menjadi ibarat pintu yang terbuka luas

20. Dan gunung-ganang, setelah dihancurkan, diterbangkan ke angkasa, lalu menjadilah ia bayangan semata-mata seperti riak sinaran panas di padang pasir

21. Sesungguhnya Neraka Jahannam adalah disediakan

22. Untuk orang-orang yang melampaui batas hukum Tuhan, sebagai tempat kembalinya

23. Mereka tinggal di dalamnya berkurun-kurun lamanya.

24. Mereka tidak dapat merasai udara yang sejuk di dalamnya dan tidak pula sebarang minuman

25. Kecuali air panas yang menggelegak dan air danur yang mengalir

26. Sebagai balasan yang sesuai (dengan amal mereka yang buruk).

27. Kerana sesungguhnya mereka dahulu tidak menaruh ingatan terhadap hari hitungan amal

28. Dan mereka telah mendustakan dengan sesungguh-sungguhnya akan ayat-ayat keterangan Kami

29. Dan tiap-tiap sesuatu dari bawaan hidupnya, telah Kami hitung secara bertulis.

30. (Setelah mereka masuk ke dalam Neraka, dikatakan kepada mereka: Oleh sebab kamu telah mendustakan ayat-ayat Kami) maka rasalah kamu (azab yang disediakan), kerana Kami tidak akan melakukan selain dari menambah berbagai azab kepada kamu

31. Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, disediakan Syurga tempat mereka beroleh apa yang mereka ingini

32. (Mereka akan beroleh) taman-taman bunga dan kebun-kebun buah-buahan, terutama anggur

33. Dan perawan-perawan yang sebaya umurnya

34. Serta piala atau gelas yang penuh dengan minuman

35. Mereka tidak mendengar di dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula perkataan yang dusta

36. Sebagai balasan dari Tuhanmu, iaitu satu limpah kurnia yang dikira cukup (menurut yang dijanjikanNya),

37. Tuhan yang mentadbirkan tujuh petala langit dan bumi serta apa yang ada di antara keduanya, Tuhan Yang Maha Pemurah, tidak ada sesiapapun diberi kuasa berkata-kata denganNya (untuk memohon pertimbangan tentang balasan atau pengurniaan itu);

38. (Tambahan pula) pada masa Jibril dan malaikat-malaikat yang lain berdiri bersaf-saf (menunggu perintah Tuhan), tidak ada yang berani berkata-kata (memohon pertimbangan) melainkan yang telah diizinkan baginya oleh Tuhan Yang Maha Pemurah, serta ia berkata benar

39. Itulah keterangan-keterangan mengenai hari (kiamat) yang sungguh tetap berlakunya; maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah dia mengambil jalan dan cara kembali kepada Tuhannya (dengan iman dan amal yang soleh)!

40. Sesungguhnya (dengan keterangan-keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa datangnya), – iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya; dan orang yang kafir akan berkata (pada hari itu): “Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)”.

Tuisyen dan Kursus Online

Advertisement

Translate »