Selamat Datang ke Adjemz.Com

DOWNLOAD PANDUAN KERJAYA

Previous
Next

Date

Apa Itu Separa Perubatan? 6 Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Kerjaya dalam bidang Separa Perubatan terdiri daripada ramai kaum wanita. Namun begitu kaum lelaki tetap diperlukan dalam bidang ini. Cuma jumlahnya tidak seramai kaum wanita. Artikel ini akan membantu anda untuk mengetahui perkara yang anda perlu tahu tentang Separa Perubatan. Selepas anda mendapat maklumat ini, perjalanan anda untuk mendalami bidang Separa Perubatan akan menjadi lancar.

 

1. Sebagai seorang calon Separa Perubatan, anda wajib mengambil tahu hal ehwal yang berkaitan dengan Separa Perubatan meliputi skop dan tanggung jawab, tugas-tugas am dan khusus, lokasi latihan, jumlah elaun, kemudahan uniform dan organisasi Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

2. Kaji setiap bidang Separa Perubatan yang anda pilih semasa mendaftar dalam portal SPA. Ambil tahu apa subjek yang bakal anda pelajari. Ini akan membantu anda menghadapi tapisan peperiksaan dan temuduga Separa Perubatan nanti.

 

3. Selidik format peperiksaan yang dijalankan untuk kemasukan Separa Perubatan. Dahulu tapisan peperiksaan dibuat di dalam dewan peperiksaan, tapi kini ia telah dijalankan secara online. Buat persediaan dengan mengkaji bentuk-bentuk soalan yang bakal ditanya.

 

4. Bersedia dengan sesi temuduga Separa Perubatan. Walau bagaimana pun ini hanya akan anda lalui selepas melepasi tapisan peperiksaan. Cara yang terbaik untuk membuat persediaan ialah merujuk kepada sumber-sumber daripada mereka yang pernah hadir ke sesi temuduga tersebut.

 

5. Belajar untuk berkomunikasi dengan lebih baik, berani yakin dan jelas. Belajar untuk bergaul dan bercampur dengan masyarakat. Upayakan diri untuk hadir ke majlis-majlis keramaian, festival dan seminar supaya anda berhadapan dengan pelbagai peringkat dan ragam manusia. Untuk menceburi bidang Separa Perubatan, anda harus berani dan yakin semasa berurusan dengan orang ramai.

 

6. Kuasai ciri-ciri psikometrik yang berkaitan dengan sahsiah dan minat. Dalam ujian bertulis, anda akan disoal dengan tajuk-tajuk sikap yang bakal menentukan anda seorang yang gemar bersosial atau sebaliknya. Anda harus pilih jawapan yang mencerminkan bahawa diri anda memang mudah bergaul dengan orang ramai. Bukan sekadar melepak di laman sosial.

 

 

Kesimpulannya, apa jua bidang yang anda minati perlukan pengetahuan asas. Tanpa asas ia takkan berkembang ke hadapan. Begitu juga dengan bidang Separa Perubatan. 

 

Ianya amat mencabar kerana terbahagi kepada 10 bidang di bawahnya.

1. Latihan Jurupulih Perubatan Fisioterapi
2. Latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja
3. Latihan Jururawat
4. Latihan Juruterapi Pergigian
5. Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
6. Latihan Juruteknologi Pergigian
7. Latihan Juru X-ray
8. Latihan Penolong Pegawai Farmasi
9. Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
10. Latihan Penolong Pegawai Perubatan

Anda perlu rujuk satu persatu maklumat yang berkaitan dengan bidang tersebut.

 

 

Satu kaedah lain yang disyorkan ialah mendapatkan Rujukan Pantas Simulasi Temuduga Separa Perubatan. Di dalam ebook ini terkandung contoh soalan dan jawapan temuduga Separa Perubatan.

 

Kedai Buku Online

Advertisement

Baca Lagi
artiKel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »
Jom Chat!