Apa tanda rezeki akan datang pada kita dan doa kita akan dikabulkan Allah? Ya, setiap manusia pasti mengharapkan rezeki yang luas dan mencukupi dalam hidup mereka. Kadangkala kita menunggu lama, berdoa dan berusaha sehabis baik, tetapi rezeki itu seakan-akan lambat tiba. Namun tahukah anda, sebelum Allah kurniakan rezeki dan nak makbulkan doa, Dia sering memberi petanda kepada kita? Petanda ini mungkin halus, tetapi apabila anda memahaminya, ia dapat memberikan harapan dan keyakinan bahawa bantuan Allah sudah semakin hampir.
Dalam artikel ini, kami akan kongsi beberapa petanda rezeki dah dekat berdasarkan dalil Al-Quran, hadis Rasulullah SAW, serta pengalaman kehidupan yang sering berlaku. Baca hingga akhir kerana anda akan temui cara untuk lebih mudah menarik rezeki melalui ilmu Nafas Doa yang telah membantu ramai orang.
1. Hati Semakin Tenang dan Reda dengan Takdir Allah
Salah satu petanda paling jelas bahawa rezeki anda hampir tiba ialah apabila hati terasa luar biasa tenang, walaupun berada dalam situasi sukar. Ketika orang lain mungkin gelisah, anda sebaliknya berasa tenteram kerana yakin Allah akan bantu.
Dalil Al-Quran:
Allah berfirman dalam Surah Ar-Ra’d, ayat 28:
“Ketahuilah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.”
Ketenangan ini adalah anugerah daripada Allah sebagai persiapan untuk menerima rezeki besar yang bakal tiba. Ia juga tanda bahawa doa anda telah sampai kepada-Nya dan akan segera dimakbulkan.

2. Diuji Dahulu Sebelum Rezeki Datang
Setiap ujian dalam hidup sebenarnya adalah proses tarbiah daripada Allah. Ujian itu bukan untuk melemahkan, tetapi untuk menguatkan dan mempersiapkan kita menerima rezeki yang lebih baik.
Hadis Nabi SAW:
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya besarnya ganjaran bergantung kepada besarnya ujian. Dan apabila Allah mencintai suatu kaum, Dia akan menguji mereka.” (Hadis Riwayat Tirmizi)
Ingatlah, ketika kita rasa ujian yang sedang kita hadapi ini besar, pasti besar juga ganjaran yang Allah telah sediakan untuk kita. Yakin dan sabar… Allah pasti akan membuka pintu rezeki yang tidak pernah kita sangka.
Dalil Al-Quran:
“Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.”(Surah Al-Insyirah: 5-6)
Perhatikan ayat ini. Allah menyebut kemudahan sebanyak dua kali, sedangkan kesulitan hanya disebut sekali. Ini petunjuk bahawa kemudahan akan selalu melebihi kesukaran. Oleh itu, jika kini anda sedang melalui ujian berat, bersabarlah. Allah sudah menjanjikan bahawa kemudahan pasti akan tiba. Inilah antara petanda bahawa rezeki besar sedang menanti di hadapan.
Banyak kisah kejayaan bermula daripada ujian besar yang dihadapi dengan sabar dan doa yang tidak putus-putus.

3. Semakin Rajin Beribadah: Solat & Berdoa Semakin Khusyuk
Antara petanda rezeki akan datang atau rezeki yang hebat akan mendekati ialah apabila anda terasa sangat rajin beribadah, khususnya dalam berdoa dan berzikir. Ia seolah-olah Allah menarik anda untuk lebih dekat kepada-Nya sebelum Dia membuka pintu rezeki yang luas.
Hadis Nabi SAW:
“Tidaklah seorang hamba berdoa kepada Allah dengan doa yang tidak mengandungi dosa atau pemutusan silaturrahim, melainkan Allah akan memberinya salah satu daripada tiga perkara: doanya segera dimakbulkan, disimpan untuk akhirat, atau dijauhkan daripada keburukan yang setara dengannya.” (Hadis Riwayat Tirmizi)
Perbanyakkan lagi amalan seperti istighfar, zikir Nabi Yunus (La ilaha illa anta, subhanaka inni kuntu minaz-zalimin), dan berselawat. Lakukan dengan khusyuk dan bersungguh-sungguh kerana ini adalah cara terbaik untuk menarik rezeki yang tak disangka-sangka.
4. Perubahan Positif Semakin Ketara dalam Hidup
Apabila rezeki yang hebat semakin datang menghampiri, anda akan mula melihat perubahan kecil tetapi bermakna dalam hidup anda. Masalah yang selama ini membebankan mula terungkai satu persatu. Hati anda terasa lebih ringan. Anda mudah bersilaturahim dengan orang lain. Anda juga akan ditemukan dengan orang yang tepat untuk membantu anda.
Kadangkala rezeki juga hadir dalam bentuk peluang yang tak disangka-sangka dan berbeza dari hajat asal anda. Contoh: tawaran kerja atau peluang bisnes yang tak terduga seperti seseorang menghubungi anda untuk mendapatkan khidmat anda pada sesuatu perkara yang anda tidak pernah terlintas sebelum ini.
Jangan pandang ringan peluang kecil seperti ini kerana ia mungkin pintu besar kepada rezeki yang selama ini anda nantikan.
Ini semua adalah tanda bahawa Allah sedang membuka jalan untuk rezeki yang lebih luas. Bersedialah untuk menerimanya dengan hati terbuka dan ikut jalan yang telah Allah aturkan ini kerana Allah adalah sebaik-baik perancang.
Apa yang Perlu Dilakukan Ketika Melihat 4 Petanda Ini?
Apabila anda mula melihat 4 petanda ini, jangan abaikan. Sebaliknya, inilah masa terbaik untuk:
- Memperbanyakkan doa – Berdoalah dengan penuh pengharapan dan keyakinan bahawa Allah akan memakbulkan.
- Perbaiki amalan – Perbanyakkan zikir dan istighfar untuk memudahkan rezeki.
- Bersedekah – Sedekah adalah salah satu pintu rezeki yang paling cepat dibuka.
Jika anda ingin belajar cara beribadat dengan lebih khusyuk, kami sangat mengesyorkan anda sertai Kelas Nafas Doa. Kelas ini telah membantu ramai peserta mendapatkan doa yang mustajab dan ramai yang mendapat rezeki tak terduga dan di luar jangkaan mereka sendiri. MasyaAllah..
Anda boleh baca testimoni di bawah