ayat seribu dinar Rumi
Kongsikan:

Ayat Seribu Dinar: Kunci Rezeki

Ayat Seribu Dinar berasal daripada firman Allah dalam Surah At-Talaq, ayat 2-3. Ayat ini mengandungi janji Allah kepada hamba-Nya yang bertakwa dan bertawakal. Janji tersebut meliputi:

  1. Rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka.

  2. Jalan keluar dari setiap kesulitan.

  3. Kecukupan dalam segala keperluan hidup.

Bookmark page ini untuk rujukan akan datang dan kongsikan artikel ini sekiranya anda rasa ia dapat membantu lebih ramai orang . 

Bacaan Ayat Seribu Dinar Rumi

Bagi mereka yang masih belajar membaca al-Quran, berikut adalah bacaan Ayat seribu Dinar rumi:

Wamay Yatta Qillaha Yaj Allahu Makhraja.

Wayar Zuk Humin Haisula Yahtasib, Wamay Yata Wakkal A’lallahi Fahuwa Hasbuh, in Nallah Haba Lighu Amrih, Kodja A’lallah Huli Kulli Syai in Qadra

Maksudnya:

“Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu”

Ejaan rumi ni adalah sebagai rujukkan bacaan sahaja bagi membantu saudara baru dan mereka yang masih tidak lancar membaca quran. Diharap ia mempermudahkan bacaan, hafalan dan seterusnya dapat diamalkan sebagai bacaan dalam solat dan juga sebagai amalan harian 

 

Ingat ya!

Kita perlu membaca quran dengan sebutan dan tajwid yang betul supaya maknanya tak lari. 

Sekiranya anda malu atau tiada masa untuk belajar secara berguru atau masuk kelas anda boleh gunakan Aplikasi Think Quran.

Dengan Aplikasi Think Quran, anda boleh untuk belajar mengaji Al-Quran tanpa malu dan segan.

Aplikasi ini memfokuskan pada perkataan yang kerap berulang dalam Al-Quran. Sekiranya anda mahir 900 perkataan, ia bermakna anda boleh membaca dan memahami makna sehingga 80% Al-Quran.

belajar mengaji

Cara Belajar Mengaji Sendiri Guna Aplikasi Think Quran

Masih tak pandai Baca Al Quran? Dengan Think Quran, anda boleh mula belajar mengaji dan kenal makna Al-Quran dengan mudah tanpa stres...

Peringatan Penting

Ayat Seribu Dinar adalah doa yang sangat mustajab, tetapi keberkesanannya bergantung kepada sejauh mana kita menghayati maksudnya dan mengamalkannya dalam kehidupan harian. 

Ramai yang telah mengamalkan ayat ini tapi  hajat masih tak makbul & rezeki masih sangkut-sangkut. Pasti ada kesalahan yang perlu diperbaiki atau ada usaha yang perlu anda lakukan lagi bagi mendapatkan doa yang lebih mustajab. 

Cubalah mengamalkan ayat ini  dengan memahami maknanya terus dari hati. 

InsyaAllah anda akan rasai sendiri perubahan dalam hidup anda.

Dengan izin Allah, tiada doa yang sia-sia.

 

Dah Beramal Dengan Ayat Seribu Dinar Tapi Rezeki Masih Tersangkut?

Ramai yang telah mengamalkan ayat ini tapi kenapa doa dan hajat masih tak makbul?

Mungkin ada kesalahan yang perlu diperbaiki atau ada usaha yang perlu anda lakukan lagi bagi mendapatkan doa yang lebih mustajab antaranya: 

  1. Ikhlaskan Niat
    Pastikan niat mengamalkan ayat ini bukan semata-mata untuk kekayaan dunia, tetapi untuk mendekatkan diri kepada Allah.

  2. Perbaiki Solat dan Amalan Lain
    Ayat ini bukan “mantera ajaib” untuk kekayaan. Ia perlu disertai dengan solat yang khusyuk, doa yang tulus, dan usaha yang berterusan.

  3. Sabar dan Yakin pada Ketentuan Allah
    Rezeki mungkin datang dalam bentuk lain seperti kesihatan, kebahagiaan, atau keluarga yang harmoni. Jangan putus asa kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya.

  4. Belajar untuk memahami makna ayat ini dengan hati. InsyaAllah anda akan rasai sendiri perubahan dalam hidup anda. 

Anda Ingat 900 perkataan,
Anda Faham 80% Al-Quran

Dengan Aplikasi Think Quran, anda boleh untuk belajar mengaji Al-Quran tanpa malu dan segan.

Aplikasi ini memfokuskan pada perkataan-perkataan yang kerap berulang dalam Al-Quran. 

Kesimpulannya dengan Think Quran anda mendapat 2 kelebihan iaitu

  1. Belajar makna perkataan Al Quran
  2. Belajar membaca dan makna surah-surah pilihan.

Tanpa perlu hadir kelas, tanpa perlu yuran bulanan dan tanpa malu. 

Boleh belajar ikut masa sendiri dimana-mana dan bila-bila masa saja

Kongsikan:
Scroll to Top