ikan siakap steam halia

Siakap Steam Halia

🍽️Nak Masak Apa Hari Ini? Jom Cuba Ikan Siakap Stim Halia Guna Pes Tumisan Masak Halia Adjemz!

Kalau teringin lauk sihat, kurang minyak, tapi tetap sedap dan wangi – ikan siakap stim halia ni memang pilihan terbaik!
Dengan Pes Tumisan Masak Halia Adjemz, dalam masa 15 minit je, lauk berkhasiat dan penuh aroma terhidang atas meja.

Anda tak perlu kisar atau hiris bawang & halia!
Pes ini dah lengkap dengan bawang, halia segar, rempah tumis  yang sangat sesuai untuk stim gaya Cina.

Masakan ini juga amat sesuai untuk ibu-ibu dalam pantang

(sila scroll ke bawah sekali untuk video cara memasak)

IKLAN

🛒 Bahan-Bahan Ikan Siakap Steam Halia

Ini adalah bahan yang paling basic untuk membuat Ikan Steam Halia guna pes Adjemz. Anda boleh adjust kuantiti dan sukatan bergantung pada citarasa anda.

  • 1 ekor ikan siakap
  • Pes Serbaguna Tumisan Masak Halia Adjemz
  • Secawan air
  • Minyak Bijan
  • Serbuk lada
  • Daun Ketumbar/ daun bawang
  • 1-2 biji cili padi – ketuk (jika suka pedas)
  • Perahan lemon/ limau kasturi/cuka (Boleh gantikan dengan air asam jawa  sekiranya untuk ibu berpantang)
  • Garam & Gula (secukup rasa)

👩‍🍳 Cara-Cara Masak Ikan Siakap Steam Halia

Penyediaan Sos Halia

  • Dalam satu mangkuk, masukkan 1 sudu Pes Serbaguna Tumisan Masak Halia Adjemz 
  • Tambahkan air mengikut banyak kuah yang diinginkan
  • Sedikit serbuk lada dan minyak bijan
  • Tambahkan garam & gula secukup rasa 
  • Kacau sebati dan ketepikan

Penyediaan Ikan

  • Panaskan periuk steam.
  • Sediakan ikan siakap
  • Tuangkan sos halia ke atas ikan
  • Kukus ikan sehingga  masak sepenuh
  • Setelah masak, angkat dari periuk stem taburkan daun bawang atau daun ketumbar
  • Perahkan limau kasturi/lemon atau air asam jawa (secukup rasa)
  • Sedia untuk dihidang bersama nasi panas

✨ Tips Memasak Ikan Steam Lebih Lazat

  1. Kukus selama 12–15 minit (ikut saiz ikan) hingga isi ikan masak dan lembut.
  2. Boleh tambahan hirisan daun limau purut atau hirisan serai untuk memberikan lagi aroma yang lazat pada masakan
  3. Guna ikan segar – ikan siakap, kerapu atau bawal sangat sesuai– hasil stim lebih manis dan juicy
  4. Boleh tambah sedikit halia segar hiris jika suka tekstur halia

     

🎦KOLEKSI VIDEO MASAKAN

Lima jenis pes, lima rasa berbeza – Dari masakan asam pedas hinggalah kari berempah. Semua boleh siap dalam masa 15 minit je!

Tak perlu fikir menu setiap hari.

Guna je satu pes, ZASS siap lauk sedap satu keluarga!

Dapatkan sekarang kerana harga promosi ini akan tamat bila-bila masa sahaja

BORANG TEMPAHAN
PES SERBAGUNA ADJEMZ

Scroll to Top