Selamat Datang ke Adjemz.Com

Ayam Goreng Berempah

Ayam Goreng Berempah
Ayam goreng berempah ini memang sangat sesuai dihidangkan bersama dengan sebarang jenis hidangan nasi seperti nasi lemak, nasi tomato, nasi minyak malah sedap juga dimakan dengan nasi putih. Rangup, pedas, masin dan manis secukup rasa. Serai yang ditumbuk hancur menjadikan tekstur serdak dan bertali yang sedap! Ratah macam tu pun licin. Jom la cuba.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan

  1. 1 ekor ayam (potong 16 – kalau nak kecil lagi kerat la kecil2)
  2. Daun kari secukupnya

Bahan Untuk Diblend.

  1. 3 inci Halia
  2. 3 labu bawang putih
  3. 8 batang serai
  4. 3 sb jintan manis
  5. 3 sb ketumbar
  6. 2 sb tepung jagung
  7. Telur sebiji
  8. Garam secukup rasa
  9. Serbuk cili
  10. sedikit serbuk kari ayam
  11. Gula pasir

Advertisements

Cara-Cara

  1. Gaulkan bahan yang telah diblend bersama ayam
  2. Perap selama 3 jam. Untuk rasa lebih sedap boleh perap semalaman.
  3. Goreng hingga garing. Api jangan kuat sangat. Kalau tutup kuali masa memggoreng lebih elok supaya ayam cepat masak.
  4. Dah hampir garing tu masukkan daun kari.
  5. Setelah garing angkat dan toskan minyak.
  6. Baki bahan perapnya boleh goreng rangup dan tabur bersama2 ayam yang dihidangkan.

Kredit:

Advertisements

Translate »