Nak Masak Apa Hari Ini? Jom Cuba Resipi Ayam Paprik Merah yang Sedap dan Mudah! Kalau anda suka hidangan berasaskan ayam dengan gabungan rasa pedas, manis, dan masam, resipi ayam paprik merah adalah pilihan yang tepat! Hidangan ini bukan saja mudah disediakan, malah penuh dengan rasa yang cukup seimbang dan aroma yang menyelerakan. Ayam paprik sering menjadi menu kegemaran di restoran siam, tapi anda pun boleh buat sendiri di rumah dengan mudah hanya dengan menggunakan pes Adjemz sahaja.
IKLAN

MySabun.Com

HomeBiz.my

RahsiaDoaMustajab
🛒 Bahan-Bahan Ayam Paprik
Ini adalah bahan yang paling basic untuk membuat ayam paprik. Anda boleh adjust kuantiti dan sukatan bergantung pada citarasa anda.
Bahan – Bahan
- 2 Sudu Besar Pes Serbaguna Tumisan Masak Tomato Adjemz
- 300g isi ayam – potong kecil
- 1 batang lobak merah – potong serong
- 1/2 biji capsicum – potong dadu
- 1 cawan bunga kubis
- 1 cawan kacang panjang – potong kecil
- 1 biji bawang holand – hiris kasar
- 5 biji cili padi – ketuk (jika suka pedas)
- 1 batang serai – diketuk
- Minyak untuk menumis
Tambahan Bahan Perasa Untuk Kuah
- 1 kiub ayam (sekiranya suka)
- 1 sudu kecil sos ikan (secukup rasa)
- 1 sudu kecil gula (secukup rasa)
- 1 cawan air
👩🍳 Cara-Cara Masak Ayam Paprik
- Gaulkan 300g isi ayam dengan kunyit dan garam
- Goreng dalam minyak hingga ayam separuh masak
- Angkat & ketepikan
- Gunakan minyak lebihan goreng ayam, masukkan semua sayur
- Goreng sebentar sehingga sayur agak lembut
- Masukkan 2 sudu besar Pes Serbaguna Tumisan Masak Tomato Adjemz
- Tambahkan secawan air dan kacau sehingga pes larut
- Masak kuah sehingga mendidih
- Masukkan ayam yang telah digoreng tadi
- Teruskan masak sehingga ayam empuk sepenuhnya.
- Sebelum diangkat, perasakan kuah dengan kiub ayam, sos ikan dan gula.
- Sedia untuk dihidang bersama nasi panas
✨ Tips Memasak Ayam Paprik Yang Lebih Sedap
- Gunakan ayam segar supaya rasa ayam lebih juicy dan lembut.
- Jangan masak sayur terlalu lama untuk mengekalkan teksturnya yang rangup.
- Tambahkan daun limau purut pada akhir masakan untuk aroma yang lebih wangi.
- Jika suka lebih berkuah, tambahkan air atau sedikit santan untuk rasa lemak manis.
- Ayam Paprik Pedas – Tambah lebih banyak cili padi untuk rasa yang lebih menyengat.
- Ayam Paprik Vegetarian – Gantikan ayam dengan tauhu atau tempe, dan tambahkan lebih banyak sayur.

Ayam paprik bukan sekadar hidangan biasa; ia menawarkan keseimbangan antara rasa dan nutrisi. Anda boleh menambah pelbagai sayur-sayuran kegemaran seperti lobak merah, kacang panjang, capsicum, dan bunga kubis untuk menjadikannya lebih sihat.
Yang paling best, ayam paprik ini fleksibel! Anda boleh ubah suai resipi mengikut selera sendiri—sama ada mahu lebih pedas, berkuah, atau menggantikan ayam dengan sotong dan udang. Sangat sesuai untuk mereka yang inginkan hidangan yang cepat disediakan, tetapi tetap menyelerakan dan berkhasiat.
ps: Bookmark page ini supaya anda boleh rujuk semula di masa depan 😘
🎦KOLEKSI VIDEO MASAKAN

Lima jenis pes, lima rasa berbeza – Dari masakan asam pedas hinggalah kari berempah. Semua boleh siap dalam masa 15 minit je!
Tak perlu fikir menu setiap hari.
Guna je satu pes, ZASS siap lauk sedap satu keluarga!
Dapatkan sekarang kerana harga promosi ini akan tamat bila-bila masa sahaja