Ayam masak merah

Ayam Masak Merah

Nak masak apa hari ini? Bila tiba waktu makan tengah hari, pasti ramai mak-mak yang buntu nak masak apa hari ini, kan? Kalau anda tengah mencari idea, apa kata cuba masak resipi ayam masak merah. (sila scroll ke bawah sekali untuk video cara memasak)

Hidangan ini memang menjadi kegemaran ramai kerana rasanya yang manis, pedas, dan beraroma wangi.

IKLAN

🛒 Bahan-Bahan

Ini adalah bahan yang paling basic untuk membuat Ayam Masak Merah

Bahan – Bahan

  • 1 Pek Pes Serbaguna Tumisan Masak Tomato Adjemz
  • 1 ekor Ayam 
  • Serbuk Kunyit
  • 200-300ml air
  • 1 biji Tomato dipotong 4
  • 1 biji Bawang Holland yang dipotong bulat

👩‍🍳 Cara-Cara Masak Ayam Masak Merah

  1. Perapkan 1 kg ayam dengan kunyit dan garam selama 15min
  2. Goreng ayam yang diperap sehingga separuh masak dan ketepikan
  3. Dalam periuk lain, masukkan 1 Pek Pes Serbaguna Tumisan Masak Tomato Adjemz
  4. Tambahkan 200-300ml air dan kacau sehingga pes larut
  5. Masak kuah sehingga mendidih
  6. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi bersama buah tomato
  7. Teruskan masak sehingga ayam empuk sepenuhnya.
  8. Sebelum diangkat, masukkan bawang holland yang dipotong bulat
  9. Sedia untuk dihidang bersama nasi panas

💡Adjemz Tips :

  1. Kalau suka, boleh tambah bahan aromatik lain. Antaranya seperti daun ketumbar, daun pandan atau daun limau purut untuk menaikkan lagi aroma lazat masakan
  2. Kalau nak berlemak campurkan sedikit santan, susu sejat atau cooking cream.
  3. Anda juga boleh menambahkan kacang gajus yang dikisar halus ke dalam ayam masak merah untuk mendapatkan rasa unik berlemak.
Ayam masak merah sesuai dihidangkan dengan nasi putih panas, nasi minyak, atau nasi tomato

 

Ayam masak merah bukan saja sesuai untuk makan harian, malah ia juga selalu dihidangkan dalam majlis kenduri kahwin dan rumah terbuka. Kombinasi rasa pedas manis dengan aroma wangi menjadikan hidangan ini sentiasa mendapat tempat di hati.

Terus cuba resipi ayam masak merah yang mudah ini hanya dengan menggunakan Pes Serbaguna Tumisan Masak Tomato Adjemz !

ps: Bookmark page ini supaya anda boleh rujuk semula di masa depan 😘

.

🎦KOLEKSI VIDEO MASAKAN

Pes Serbaguna Adjemz

Lima jenis pes, lima rasa berbeza – Dari masakan asam pedas hinggalah kari berempah. Semua boleh siap dalam masa 15 minit je!

Tak perlu fikir menu setiap hari.

Guna je satu pes, ZASS siap lauk sedap satu keluarga!

Dapatkan sekarang kerana harga promosi ini akan tamat bila-bila masa sahaja

BORANG TEMPAHAN
PES SERBAGUNA ADJEMZ

Scroll to Top