π½οΈNak Masak Apa Hari Ini? Jom Cuba Ayam Stim Halia Guna Pes Tumisan Masak Halia Adjemz!
Kalau anda sedang berpantang, jaga makan, atau berdiet, ini lauk sihat yang sangat sesuai:
Ayam Stim Halia Guna Pes Tumisan Masak Halia Adjemz β masak tanpa minyak, tak pedas, tapi kekal wangi, segar dan sedap!
Resipi ini juga sesuai dijadikan lauk utama dalam hidangan nasi ayam hainan.
Dengan bantuan pes Adjemz, anda tak perlu berkecah di dapur – hiris halia, tumbuk bawang atau menumis awal-awal.
Jimat masa, tenaga & dapur pun bersih!
ps: Bookmark page ini supaya anda boleh rujuk semula di masa depan π
IKLAN

MySabun.Com

HomeBiz.my

RahsiaDoaMustajab
Bahan-Bahan Ayam Steam Halia
Ini adalah bahan yang paling basic untuk membuat Ayam Steam Halia menggunakan Pes Adjemz. Anda boleh adjust kuantiti dan sukatan bergantung pada citarasa anda.
- Setengah ekor ayam dipotong kecil
- Pes Serbaguna Tumisan Masak Halia Adjemz
- Secawan air
- Minyak Bijan
- Serbuk lada
- Daun Ketumbar/ daun bawang
- 1-2 biji cili padi β ketuk (jika suka pedas)
- Garam & Gula (secukup rasa)
Cara-Cara Masak Ayam Steam Halia
Penyediaan Sos Halia
- Dalam satu mangkuk, masukkan 1 sudu besar Pes Serbaguna Tumisan Masak Halia Adjemz
- Tambahkan air mengikut banyak kuah yang diinginkan
- Sedikit serbuk lada dan minyak bijan
- Tambahkan garam & gula secukup rasa
- Kacau sebati dan ketepikan
Penyediaan Ayam
- Susun ayam dalam pinggan pengukus
- Tuangkan sos halia dan daun ketumbar di atas ayam dan perap selama 30min
- Jika suka pedas, boleh masukkan cili padi yang diketuk
- Selepas 30 min, sediakan periuk steam dan kukus ayam perap tadi
- Setelah masak, angkat dari periuk sedia untuk dihidang bersama nasi panas
Tips Memasak Ayam Steam Lebih Lazat & Sesuai Untuk Ibu Berpantang
- Potong ayam kecil-kecil supaya sos lebih mudah meresap dalam ayam
- Untuk mendapatkan sos halia lebih manis berlemak, masukkan gula melaka atau madu
- Boleh tambahan hirisan daun ketumbar atau hirisan serai untuk memberikan lagi aroma yang lazat pada masakan
- Gunakan ayam kampung untuk khasiat dan rasa lebih power
- Buang kulit ayam kalau nak versi low fat
- Jika untuk nasi ayam β buat sup ayam asing dan hidang bersama sos cili & kicap
π¦KOLEKSI VIDEO MASAKAN

Lima jenis pes, lima rasa berbeza β Dari masakan asam pedas hinggalah kari berempah. Semua boleh siap dalam masa 15 minit je!
Tak perlu fikir menu setiap hari.
Guna je satu pes, ZASS siap lauk sedap satu keluarga!
Dapatkan sekarang kerana harga promosi ini akan tamat bila-bila masa sahaja