Nak Masak Apa Hari Ini? Jom Cuba Resipi Ayam Paprik Paling Sedap dan Mudah! Kalau anda suka hidangan berasaskan ayam dengan gabungan rasa pedas, manis, dan masam, resipi ayam paprik adalah pilihan yang tepat! Hidangan ini bukan saja mudah disediakan, malah penuh dengan rasa yang cukup seimbang dan aroma yang menyelerakan. Ayam paprik sering menjadi menu kegemaran di restoran siam, tapi anda pun boleh buat sendiri di rumah dengan mudah!

Ayam paprik bukan sekadar hidangan biasa; ia menawarkan keseimbangan antara rasa dan nutrisi. Anda boleh menambah pelbagai sayur-sayuran kegemaran seperti lobak merah, kacang panjang, capsicum, dan bunga kubis untuk menjadikannya lebih sihat.
Yang paling best, ayam paprik ini fleksibel! Anda boleh ubah suai resipi mengikut selera sendiri—sama ada mahu lebih pedas, berkuah, atau menggantikan ayam dengan sotong dan udang. Sangat sesuai untuk mereka yang inginkan hidangan yang cepat disediakan, tetapi tetap menyelerakan dan berkhasiat.
ps: Bookmark page ini supaya anda boleh rujuk semula di masa depan 😘
IKLAN

MySabun.Com

HomeBiz.my

RahsiaDoaMustajab
🛒 Bahan-Bahan Ayam Paprik
Ini adalah bahan yang paling basic untuk membuat ayam paprik. Anda boleh adjust kuantiti dan sukatan bergantung pada citarasa anda.
Bahan Utama
- 300g isi ayam – potong kecil
- 1 batang lobak merah – potong serong
- 1/2 biji capsicum – potong dadu
- 1 cawan bunga kubis
- 1 cawan kacang panjang – potong kecil
Bahan Untuk Menumis
- 3 ulas bawang putih kisar
- 1 sudu besar cili kisar
- 1/2 inci halia – kisar
- 1 biji bawang holand – hiris kasar
- 5 biji cili padi – ketuk (jika suka pedas)
- 1 batang serai – diketuk
Bahan Perasa Untuk Kuah
- 3 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar sos tomato
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar tomyam cili paste
- 1 kiub ayam
- 1 sudu kecil kicap manis
- 1 sudu kecil sos ikan
- 1 sudu kecil gula
- 1 cawan air
Lain-lain
- Minyak untuk menumis
- Daun Limau Purut
- Hiasan: daun ketumbar dan bawang goren
👩🍳 Cara-Cara Masak Ayam Paprik
1. Tumiskan Bahan Untuk Kuah Paprik
- Panaskan minyak
- Tumis bawang putih yang telah dikisar bersama cili kisar, dan halia hingga pecah minyak.
- Masukan daun limau purut
- Masukkan serai dan terus kacau.
- Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, paste tomyam, sos ikan dan kicap manis.
- Kacau hingga semua bahan sebati.
2. Masukkan Ayam
- Masukkan ayam, gaul rata, dan tuangkan sedikit air
- Masukkan kiub ayam
- Biarkan ayam mereneh selama 5-7 minit atau sehingga separuh masak.
3. Masukkan Sayuran
- Masukkan lobak merah, capsicum, bunga kubis, kacang panjang, dan cili padi.
- Masak hingga sayur sedikit lembut, tetapi masih rangup.
4. Perasakan dan Siap
- Tambah gula secukup rasa.
- Taburkan daun ketumbar dan bawang goreng sebelum dihidangkan.
- Hidangan ini pasti membuka selera!
✨ Tips Memasak Ayam Paprik Yang Lebih Sedap
- Gunakan ayam segar supaya rasa ayam lebih juicy dan lembut.
- Jangan masak sayur terlalu lama untuk mengekalkan teksturnya yang rangup.
- Tambahkan daun limau purut pada akhir masakan untuk aroma yang lebih wangi.
- Jika suka lebih berkuah, tambahkan air atau sedikit santan untuk rasa lemak manis.
- Ayam Paprik Pedas – Tambah lebih banyak cili padi untuk rasa yang lebih menyengat.
- Ayam Paprik Vegetarian – Gantikan ayam dengan tauhu atau tempe, dan tambahkan lebih banyak sayur.
💕KOLEKSI VIDEO MASAKAN AYAM PAPRIK VIRAL
Ayam Paprik Ala Thai versi Che Nom
Ayam Goreng Paprik versi cikining
Ayam Paprik Banyak Kuah versi Dapurtiyah
Ingin Bisnes Anda Mencapai Lebih Ramai Pelanggan Di Google?
Ceritakan Kisah Jenama Anda dan Tarik Trafik dengan Advertorial Mesra SEO!