janji Allah tentang rezeki
Kongsikan:

Allah SWT telah menjelaskan dalam Al-Quran dan hadis bahawa rezeki setiap makhluk telah ditetapkan. Namun, rezeki itu tidak hanya berkait dengan harta benda; ia meliputi kesihatan, kebahagiaan, ilmu, dan keberkatan hidup.

Firman Allah SWT dalam Surah Adh-Dhariyat, ayat 22:

“Dan di langit terdapat rezekimu dan apa yang dijanjikan kepadamu.”

Ayat ini menegaskan bahawa rezeki datang dari Allah. Tugas kita adalah berusaha dan menyerahkan hasilnya kepada-Nya.

Rezeki adalah janji Allah yang pasti, namun ia menuntut usaha, doa, dan tawakal daripada hamba-Nya. Dalam artikel ini, kita akan mengupas janji Allah tentang rezeki melalui dua sumber utama: Ayat Seribu Dinar dan Surah Al-Waqiah.

Kongsikan artikel ini sekiranya anda rasa ia dapat membantu lebih ramai orang .

IKLAN

Apa Itu Rezeki?

Apabila disebut rezeki, ramai terus membayangkan wang, rumah besar, kereta mewah atau perniagaan yang laris.
Sedangkan rezeki daripada Allah jauh lebih luas.

Rezeki boleh hadir dalam bentuk:

  1. Kesihatan yang baik
  2. Keluarga yang harmoni
  3. Anak-anak yang soleh
  4. Masa yang mencukupi
  5. Ilmu yang bermanfaat
  6. Hati yang tenang
  7.  Sahabat yang baik
  8. Peluang pekerjaan
  9. Perniagaan yang dipermudahkan
  10. Perlindungan daripada musibah
  11. Kekuatan untuk beribadah
  12. Rasa cukup dan bersyukur

Ada orang mempunyai wang yang banyak, tetapi hidupnya tidak tenang.

Ada orang pendapatannya sederhana, tetapi rumah tangganya bahagia, tubuhnya sihat dan hatinya sentiasa merasa cukup.

Justeru, apabila kita berdoa memohon rezeki daripada Allah, jangan sempitkan doa kita kepada wang semata-mata.

Mohonlah rezeki yang halal, luas, berkat dan mendekatkan kita kepada Allah

5 Janji Allah Tentang Rezeki

Berikut adalah 5 janji Allah SWT tentang rezeki yang disebutkan dalam Al-Quran:

1) Rezeki Dijamin untuk Setiap Makhluk (QS Hud: 6)

Allah SWT berfirman bahwa tidak ada satu pun makhluk melata di bumi melainkan telah dijamin rezekinya oleh Allah.

2) Rezeki Tak Disangka-sangka (QS At-Talaq: 2-3)

Barang siapa yang bertakwa dan bertawakal kepada Allah SWT, nescaya Dia akan memberikan jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.

3) Rezeki Melimpah karena Istighfar (QS Nuh: 10-12)

Memohon ampun (beristighfar) kepada Allah SWT menjadi pembuka pintu rezeki yang mendatangkan keberkatan, termasuk dikurniakan harta dan zuriat.

4) Rezeki Bertambah karena Bersyukur (QS Ibrahim: 7)

Allah SWT menjanjikan tambahan nikmat dan rezeki bagi hamba-hamba-Nya yang sentiasa bersyukur, namun azab-Nya sangat pedih bagi mereka yang kufur.

5) Rezeki Diganti karena Sedekah (QS Saba: 39)

Allah SWT adalah sebaik-baik Pemberi Rezeki. Setiap harta yang didermakan (sedekah) akan diganti atau dibalas dengan rezeki yang lebih baik

IKLAN

Ayat Seribu Dinar:
Kunci Rezeki yang Tidak Disangka-Sangka

Apa itu Ayat Seribu Dinar?

Ayat Seribu Dinar merujuk kepada dua ayat daripada Surah At-Talaq:

“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya dari arah yang tidak disangka-sangka. 

Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendaki-Nya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.”
(Surah At-Talaq: 2-3)

Ayat ini sering diamalkan kerana kandungannya yang menjanjikan jalan keluar dari kesulitan dan rezeki yang melimpah bagi mereka yang bertakwa dan bertawakal kepada Allah.

ayat seribu dinar Rumi
Quran
Ayat seribu dinar dalam rumi untuk panduan dan membantu anda sekiranya masih tidak lancar membaca quran. Semoga ia memudahkan anda untuk beramal.
Read More →

Pengajaran dari Ayat Seribu Dinar

    1. Bertakwa kepada Allah:

      • Bertakwa bermaksud mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. Ayat ini menunjukkan bahawa ketakwaan adalah kunci utama untuk mendapat pertolongan dan keberkatan dalam hidup.

    2. Tawakal kepada Allah:

      • Tawakal adalah sifat berserah diri sepenuhnya kepada Allah setelah berusaha. Ayat ini mengajar kita untuk percaya bahawa Allah akan mencukupi keperluan kita.

    3. Rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka:

      • Allah menjanjikan bahawa rezeki akan datang dari sumber yang tidak dijangka jika kita bertakwa dan bertawakal.

    4. Percaya kepada ketentuan Allah:

      • Ayat ini juga mengingatkan kita bahawa setiap perkara telah ditentukan oleh Allah dan Dia Maha Mengatur segala urusan.

belajar mengaji

Cara Belajar Mengaji Sendiri Guna Aplikasi Think Quran

Masih tak pandai Baca Al Quran? Dengan Think Quran, anda boleh mula belajar mengaji dan kenal makna Al-Quran dengan mudah tanpa stres...

Surah Al-Waqiah: Surah Pembuka Pintu Rezeki

Surah Al-Waqiah dikenali sebagai “Surah Kekayaan”. Surah ini memang terkenal dengan beberapa khasiatnya dan kelebihan tersendiri

Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)

 

Surah Al Waqiah Rumi
Quran
Surah Al Waqiah dalam rumi untuk panduan dan membantu anda yang masih tidak lancar membaca quran. Semoga ia memudahkan anda untuk beramal.
Read More →

Pengajaran Surah Al Waqiah

Surah Al-Waqiah  membincangkan peristiwa besar yang akan berlaku pada hari kiamat.  Ia membahagikan manusia kepada tiga golongan, dan mengingatkan kita tentang keagungan Allah dalam mencipta dan menguruskan alam semesta. 

Dalam surah ini juga, Allah menunjukkan tanda-tanda kekuasaan-Nya melalui penciptaan alam, termasuk makanan, minuman, dan kehidupan itu sendiri. 

Segala nikmat, termasuk makanan, air, dan kekayaan, adalah pemberian Allah. Ia mengajar kita untuk sentiasa bersyukur dan tidak sombong.

Cara Beramal Untuk Menarik Rezeki Berkat

Untuk mendapat rezeki yang berkat, amalkan langkah berikut:

  1. Baca Ayat Seribu Dinar 7kali atau 10 kali selepas solat fardu.

  2. Lazimi Surah Al-Waqiah setiap malam sebelum tidur.

  3. Perbanyakkan istighfar untuk memohon ampun dan membuka pintu rezeki.

  4. Bersedekah: Sedekah adalah magnet rezeki yang terbukti berkesan.

  5. Berdoa dengan khusyuk: Gunakan doa-doa mustajab yang diajar dalam Islam.

Kesimpulan

Janji Allah tentang rezeki dalam Ayat Seribu Dinar sangat jelas.

Allah menjanjikan jalan keluar dan rezeki daripada arah yang tidak disangka-sangka kepada orang yang bertakwa dan bertawakal.

Surah Al-Waqiah pula membuka mata kita bahawa Allah ialah sumber setiap nikmat. Manusia boleh menanam, tetapi Allah yang menumbuhkan. Manusia boleh berusaha, tetapi Allah yang menentukan hasil.

Oleh itu, jangan jadikan ayat Al-Quran sebagai tangkal untuk mendapatkan kekayaan.

Jadikanlah ayat-ayat Al-Quran sebagai panduan untuk mengubah cara hidup.

1) Bacalah.

2) Fahamilah.

3) Amalkanlah.

4) Berusahalah.

5) Kemudian bertawakallah iaitu serahkan hasil akhirnya kepada Allah.

Nak Allah ubah rezeki kita, tetapi kita sendiri tidak mahu mengubah hubungan dengan-Nya—sampai bila1?

Fahami Bahasa Al-Quran Bersama Think Quran

Bayangkan apabila membaca Ayat Seribu Dinar, kita boleh mengenali perkataan seperti taqwa, rezeki, tawakal, jalan keluar dan kecukupan tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada terjemahan.

Bayangkan apabila membaca Surah Al-Waqiah, kita bukan sekadar melancarkan bacaan, tetapi memahami apa yang Allah sedang ceritakan tentang tanaman, air, api, kehidupan dan akhirat.

Inilah pengalaman yang berbeza apabila kita mula memahami bahasa Al-Quran.
Think Quran membantu anda mempelajari perkataan Arab Al-Quran secara berperingkat, mudah dan interaktif.

Dengan mempelajari perkataan yang kerap berulang dalam Al-Quran, anda boleh mula:

  1. Mengenali perkataan ketika membaca ayat
  2. Memahami mesej umum sesuatu surah
  3. Menghayati bacaan dalam solat
  4. Membaca dengan lebih fokus
  5. Bertadabbur tanpa sentiasa bergantung kepada terjemahan
  6. Merasakan ayat Al-Quran lebih dekat dengan kehidupan

Anda tidak perlu mempunyai asas bahasa Arab untuk bermula.

Luangkan sekitar 15 minit sehari dan belajar mengikut kemampuan sendiri.

Jangan hanya mencari ayat tentang rezeki. Belajarlah memahami apa yang Allah mahu sampaikan melalui ayat tersebut.

Mulakan perjalanan memahami bahasa Al-Quran bersama Think Quran.
Kerana apabila kita memahami Al-Quran, kita bukan sahaja tahu apa yang kita mahu daripada Allah.

Kita juga mula memahami apa yang Allah mahu daripada kita

Kongsikan:
Scroll to Top