Tips dan Persediaan Awal Untuk Berpantang Sendiri.

Kak Jemz nak kongsikan tips keperluan berpantang yang boleh dijadikan panduan untuk kita semua. Kebanyakan tips ni Kak Jemz cari di internet sebagai sumber motivasi, rujukan dan persediaan awal untuk Kak Jemz yang mana akan berpantang sendiri di rumah bersama suami dan anak-anak je.

Kak Jemz berharap ia dapat memberi manfaat juga untuk ibu-ibu dalam pantang nanti..

 

1.Peranan suami ketika isteri dalam pantang

Suami perlu memainkan peranan utama mengambil alih kerja-kerja dari perihal menguruskan rumahtangga, menguruskan keperluan anak-anak sedia ada sehinggalah kepada menyediakan keperluan ibu dan bayi sepanjang tempoh berpantang atas dasar ihsan dan tanggungjawab. 

Jika tidak mampu dari segi pengurusan masa dan tenaga, suami perlu bersedia dari segi kewangan seperti bersedia menggajikan pembantu  sepanjang tempoh tersebut.

Suami dan isteri perlulah banyak bertolak ansur dan menerima seadanya kekurangan masing-masing dan tidak perlu terlalu mengharapkan kesempurnaan. Fikirkan ia hanya untuk sementara sahaja. Hanya 44 hari diperlukan untuk isteri tampil sihat dan segar semula, dan selepas itu boleh mula mengaplikasikan kesempurnaan dalam rumahtangga bersama-sama.

 

2. Jadual Kerja.

Berbincang dengan suami dan anak  untuk segala jenis bantuan yang diperlukan ketika berpantang. Ajar mereka cara menggunakan alatan eletrik seperti mesin basuh, oven, rice cooker, vacuum cleaner dan sebagainya. 

Siapkan jadual kerja rumah seawal trimester kedua kehamilan dan praktikkan untuk menjadi kebiasaan  supaya apabila ibu mula berpantang nanti segalanya berjalan lancar. Ibu berpantang, terutamanya di peringkat awal selepas bersalin tidak boleh terlalu aktif atau penat. Sekiranya kerja-kerja itu tak dapat dijalankan dengan sempurna, ibu tak perlu susah hati, bertenang, berlapang dada dan terima seadanyaaa..

Antara kerja-kerja rumah harian yang perlukan bantuan suami dan anak-anak ketika berpantang ialah membasuh & menyidai pakaian, melipat baju, membasuh pinggan, menyapu sampah, menyiapkan anak-anak ke sekolah, mengemas rumah dan memasak.

Selain bantuan suami dan anak-anak, boleh juga mengupah tukang cuci atau part time maid untuk datang secara mingguan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan. Baju-baju kotor boleh dibawa ke dobi – bersih dan siap berlipat. Untuk makanan keluarga pula, boleh je cuba service penghantaran makanan secara online seperti Food Panda atau boleh beli juga di kedai berhampiran.

 

3.Peneman Ibu

Pastikan ibu sentiasa mempunyai peneman sekurang-kurangnya 2 minggu pertama lepas bersalin kerana di dalam tempoh ini, ibu masih lagi lemah. Dikhuatiri ibu tumpah darah, pitam atau bentan secara tiba2. 

Rancang dan tetapkan awal-awal siapa yang akan menjadi peneman  ibu di dalam pantang.  Seeloknya suami ambil cuti tambahan untuk menjaga isteri pada awal berpantang. Selain dapat mengeratkan kasih sayang, ia dapat memberikan sokongan emosi pada isteri dan peluang si ayah untuk ‘bonding’ dengan baby baru. 

Sekiranya suami tidak dapat cuti atau ada masalah yang tidak dapat dielakkan, cuba dapatkan bantuan adik beradik, jiran atau khidmat pembantu harian/confinement lady.  Sekarang dah banyak perawat pantang yang tawarkan perkhidmatan sebegini, siap ada pakej lagi!

 

4.Sediakan perawat pantang

Tempah rawatan dalam pantang seawal trimester pertama kehamilan. Perawat pantang / confinement lady adalah individu yang akan datang dan merawat ibu di rumah. Antara perkhidmatan yang disediakan ialah urutan lepas bersalin, mandian herba, bertungku, bertuam, dan penjagaan bayi. 

Rawatan dalam pantang ini amat digalakkan untuk dilakukan sekurang-kurangnya 3 hari berturut-turut bagi  memulihkan aliran darah, mencuci dan mengeluarkan darah, angin serta lendir yang kotor dan melawaskan nifas daripada tersekat atau tersumbat. Selain itu, rawatan berpantang dapat menenangkan emosi ibu, meringankan tubuh badan yang lesu dan melegakan bisa otot dan sendi.

Ada juga pusat rawatan atau perawat/bidan perseorangan yang menawarkan gabungan pakej rawatan ibu dan bayi dalam pantang + melakukan kerja-kerja rumah + memasak makanan berpantang. Boleh tempah untuk tinggal bersama atau datang secara harian, jadi tak perlu lagi memikirkan berkenaan peneman ibu ketika berpantang.

Tempahan pakej boleh dibuat mengikut bilangan hari rawatan yang diperlukan paling min 3 hari atau sehingga  habis tempoh berpantang iaitu 44 hari. Semuanya bergantung pada keperluan ibu berpantang, sediakan duitnyaa sahajaa ye… 

 

5.Sediakan kelengkapan berpantang sebelum bersalin.

Pastikan kelengkapan ibu dan bayi semua tersedia rapi sebelum bersalin. Buat check list supaya ibu tidak tercicir barangan yang diperlukan di dalam pantang. Klik sini untuk checklist

 

6.Siapkan makanan pantang yang disejuk beku.

Lauk berpantang boleh dimasak siap-siap untuk seminggu dan simpan di dalam freezer. Panaskan apabila ingin makan. Tetapi untuk nasi, perlu dimasak baru setiap kali waktu makan; bukan yang dipanaskan. Klik sini utk koleksi resipi berpantang..

Di zaman kini, sudah banyak syarikat yang menyediakan penghantaran makanan pantang dan juga menjual paste makanan pantang dengan pelbagai pilihan menu yang lazat dan berkhasiat. Ibu boleh menempah servis ini  awal-awal sebelum bersalin.

 

7.Sediakan station/port berpantang buat ibu dan bayi

Sebelum bersalin, tetapkan satu kawasan khas untuk ibu dan bayi di dalam rumah. Pastikan disekeliling kawasan itu mampu memudahkan ibu untuk urusan berpantang. Sediakan flask air panas, botol2 susu yang sudah dibasuh, tempat menukar lampin bayi, baju2 ibu dan bayi dan segala kelengkapan berdekatan dengan ibu.  Pastikan ibu tidak perlu bergerak jauh untuk menguruskan diri dan bayi apabila keseorangan. 

 

8.Sentiasa dipasangkan ayat Al Quran

Jika ibu beragama islam, pastikan alunan ayat Al Quran sentiasa menemani ibu dan bayi. Ini untuk mengelakkan gangguan benda2 halus kerana ketika ibu di dalam kotor nifas, banyak makhluk2 halus suka mengganggu.

 

9. Ilmu

Ibu perlu melengkapkan diri dengan ilmu yang berkaitan dengan aturan berpantang, penyusuan badan, penjagaan harian bayi dalam pantang dan bahasa bayi. Melalui ilmu2 ini akan membuatkan ibu menjadi lebih bersedia menghadapi 1001 cabaran ketika berpantang.

 

10. Cari dan terima bantuan dengan berlapang dada.

Di saat berpantanglah ibu perlu terbuka dengan bantuan yang ditawarkan. Jangan rasa malu atau segan.Jika ibu seorang perfectionist, ini adalah masa untuk belajar supaya lebih bertolak ansur.

Berpantang sendiri banyak cabaran dan sangat renyah. Akan tetapi jika dirancang lebih awal, ibu-ibu mampu menghadapinya dengan lancar.

You may also like