Surah Yasin Untuk Memohon Hajat Dimakbulkan Allah.

Bacaan surah yasin ini dilakukan adalah sebahagian dari usaha dan ikhtiar kita untuk memohon bantuan  Allah untuk memperkenankan hajat kita. Allah amat suka hambanya yang merayu dan memohon kepadaNya.

Panduan cara membaca surah yasin untuk memohon hajat ni adalah berdasarkan amalan para ulama. Walaubagaimanapun, Ia tidak terhad kepada surah yasin sahaja..Sekiranya hanya tahu baca surah Al-Fatihah pun, baca dan amalkanlaa.. Sesungguhnya usaha dan doa yang ikhlas itu yang akan dikira oleh Allah. Kita haruslah yakin bahawa setiap doa dan permintaan kita akan Allah kabulkan sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:

“Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepadamu (Rasulullah SAW) tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang-orang yang berdoa kepada-Ku.” (al-Baqarah: 186).

 

 

Panduan membaca surah yasin bagi memohon hajat..

1. Bermula di waktu sebelum subuh hari Jumaat (di sepertiga malam yang akhir)

2. Sebaik nya buat lah solat sunat Tahajud dulu

3. Di ikuti solat sunat Hajat. ( Mohonlah hajat kepada Allah waktu ini. Di antara waktu doa paling mustajab dalam solat selain daripada semasa kita bersujud adalah ketika selepas bacaan Tasyahhud Akhir (Tahiyyat Akhir) dan sebelum memberi salam. Inilah waktu yang tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi Muhammad ﷺ dan sering diamalkan oleh Baginda untuk permohonan doa.)

4. Lakukan Solat Subuh. Bacalah Yasin selepas solat subuh dan ulanglah ayat2 seperti yg tertera..

Info gambar dan panduan membaca: Facebook

5. Dilakukan 3 kali bacaan Surah Yasin ini selama 3 kali Jumaat berturut2..

6. Mesti yakin.

 

Boleh juga di bacakan pada air jika untuk melembutkan hati anak/isteri/suami yg keras…

* (ada yg berjaya disembuhkan dari penyakit berbahaya, ada yg memohon untuk dapat anak selepas 10 thn kahwin berjaya dapat zuriat, ada yg suami tak solat, tiba2 mahu solat dan ke masjid dll) Mohon dan doalah dgn yakin.

* Untuk lebih mustajab buatlah juga solat sunat taubat, kadang2 doa kita tidak mustajab kerana dosa2 kita sendiri. Wallahualam.

 

P/S: Boleh juga baca surah yasin ini setiap kali habis solat fardu atau bila-bila sahaja dirasakan perlu.