Senarai Makanan Untuk Ibu Berpantang

Ibu yang baru bersalin memerlukan makanan berkhasiat bagi memulihkan kembali luka dalaman dan juga bagi memberikan tenaga untuk menjaga dan menyusukan bayi. Kak Jemz kurang setuju dengan cara berpantang yang terlalu menghadkan pengambilan sayuran, buah-buahan, dan air.

 

Tetapi, Kak Jemz juga tidak menolak langsung petua dan amalan berpantang yang diamalkan sebab pada Kak Jemz, konsep berpantang tu untuk menjaga badan kita dari kekurangan zat & vitamin, mengelakkan masalah angin dan sakit urat dan juga untuk mengelak dari terkena penyakit lain seperti batuk dan selesema yang mana ia akan memberikan masalah kepada ibu yang masih tak pulih dan takut berjangkit kepada baby yang daya imunitinya masih lemah.

 

Kak Jemz pernah mengalami masalah kembung perut yang kronik ketika berpantang anak ke-3 dulu. Time tu Kak Jemz terpaksa berpantang sendiri sebab anak-anak dah start sekolah rendah. Untuk anak pertama dan kedua, Kak Jemz berpantang di rumah mak. So, tak perlu sgt pikir pasal makanan dan penjagaan dalam pantang. Semua mak uruskan. Apa mak masak kite makan.. Untuk anak ke-3 tu, oleh sebab takde sapa jaga kat rumah, En  Suami pun bukan tau masak, anak-anak pun kecik lagi, so Kak Jemz malas laa nak beria jaga pantang sangat. Berurut dan bertungku pun tak. Satu hari tu ingat dah sihat sebab dah lebih 20 hari berpantang dan boring asyik makan rebus dan bakar, so terasa tekak nak try la makan makanan yang En Suami beli kat kedai siam…hehehe.. Ambik kau! Angin puting beliung dalam perut. Menangiss! Sejak dari hari tu, memang taknak buat dah…Serik!

 

Sebab itu laa untuk kandungan kali ini, Kak Jemz buat rujukan awal berkenaan makanan yang boleh dan tak boleh dimakan, resipi dan menu mudah yang boleh disediakan oleh En Suami – Untuk awal berpantang sekurang-kurangnya 2 minggu pertama lepas bersalin nanti, En Suami perlu sediakan makanan sebab Kak Jemz terpaksa  melahiran baby secara Czer atas arahan doc.  Bersalin Czer ni, tak boleh nak buat kerja banyak-banyak sangat, TLC kene lebih sikit..

 

Selain makanan berpantang untuk Kak Jemz, En Suami perlu juga sediakan makanan untuk diri sendiri dan anak-anak. Untuk memudahkan urusan En Suami, Kak Jemz perlulah cari menu yang boleh gabungkan kedua-dua2nya. Sambil-sambil Kak Jemz berpantang, En Suami pun boleh lerr start program diet dan anak-anak pula boleh makan secara sihat dan organik..hhehe.. Kalau sistem pemakanan sihat Kak Jemz ni berkesan, boleh laa diteruskan sampai laa lepas habis berpantang nanti. InsyaAllah..!

 

Mula-mula memang cadangnye nak ambil pakej makanan berpantang je.. tapi, oleh sebab nanti banyak nak guna duit,- dah laa kos bersalin Czer, kos pakej mengurut lagi, anak-anak nak kene tambah pakej transit kat sekolah, maybe kene upah orang ambik dan hantar anak sekolah.. fuh memang banyak kene beri pertimbangan antara masa dan wang…. Jadi kami suami isteri terpaksa fikirkan cara  yang terbaik untuk selesaikan masalah ni.

 

Kalau ikutkan makanan berpantang ni bukannyee susah sangat nak masak. Yang penting kite…

1) Tahu jenis makanan yang boleh dan tak boleh di makan ketika berpantang

2) Plan menu untuk seminggu atau sebulan siap-siap,

3) Setkan sehari untuk beli dan prep bahan masak – selalunya sabtu atau ahad laaa…

4) Isnin – Jumaat, kita keluarkan barangan masak ikut menu yang dah ditetapkan.

 

Berikut adalah jenis makanan yang sesuai untuk  wanita berpantang bersalin

 

 

 

 

 

Ini adalah senarai bahan perencah dan herba masakan yang Kak Jemz pastikan perlu sentiasa ada kat rumah.

  • Untuk herba-herba berdaun yang mudah rosak macam daun ketumbar atau daun bawang tu, Kak Jemz akan basuh bersih-bersih, simpan dalam bekas kedap udara dan letak di bahagian sejuk beku peti ais.. Kalau dah beku dalam freezer, daun-daun tu tak boleh biarkan lama-lama diluar, nanti dia lembik dan berair. Kalau nak guna terus keluarkan dari peti ais dan campak je dalam kuali
  • Untuk halia, kunyit, lengkuas dan serai, Kak Jemz akan buang kulit, dan potong kecil-kecil dalam seinci. Sesuai dengan kegunaan sekali masak. Simpan dalam bekas kedap udara dan letak di bahagian sejuk beku peti ais juga. Bila nak guna, ambil sepotong-sepotong.
  • Ibu berpantang perlu mengurangkan pengambilan bahan perencah yang mengandungi pengawet dan perasa tiruan seperti kicap, serbuk perencah megi, ajinomoto, tomato atau cili sos kerana kandungan garam yang tinggi dan dikhuatiri menimbulkan kesan alahan kepada ibu dan bayi.

 

Jenis dan cara masakan yang sesuai untuk wanita berpantang pula ialah

  1. Masakan bakar / grill
  2. Masakan rebus
  3. Masakan sup
  4. Masakan bertumis
  5. Masakan stim
  6. Masakan goreng ( Perlu menggunakan minyak baru)

 

Berdasarkan pesanan seorang bidan dan tukang urut ibu berpantang, masakan lauk berpantang ni kita boleh disediakan awal dan simpan di dalam freezer. Kita cuma perlu panaskan bila time nak makan. Tapi nasi tak boleh. Kene masak baru setiap kali nak makan dan kene makan time panas-panas. Ini bagi mengelakkan angin dan perut kembung. Dalam pantang tidak dibenarkan makan nasi goreng yee…

Untuk memudahkan urusan menggoreng dan menggrill, Kak Jemz cadangkan penggunaa air fryer…  Pada Kak Jemz, air fryer ni amat praktikal dan amat memudahkan urusan di dapur terutama pada ibu berpantang. Tak perlu duduk kat dapur pun, keluarkan bahan makanan yang dah sedia untuk digoreng atau bakar, letak je dalam air fryer, set masa dan tunggu jee makanan siap. Minyak pun tak perlu guna banyak. Kalau nak goreng ikan, hanya gaulkan sesudu minyak  pada permukaan badan ikan, letak dalam air fryer, set masa dan tunggu ikan siap.

Bermacam brand dan harga yang ada di pasaran. Harga bermula dari RM200++ hingga RM1500++… harga berbeza bergantung pada brand & aksesori yang diberikan. Aksesori ni berguna kalau nak masak selain cara grill.

 

Semoga dengan perkongsian ini memberikan idea dan manfaat kepada semua!

You may also like