Selamat Datang ke Adjemz.Com

Spanish Omelette

Spanish Omelette

Bahan-Bahan Yang Diperlukan

  1. 4 biji telur
  2. 1/2 cawan susu
  3. 4-5 zaitun dihiris (optional)
  4. daun bawang dihiris
  5. setengah bawang dihiris halus
  6. 1 biji tomato dihiris/didadu ikut citarasa
  7. garam secukup rasa
  8. lada hitam secukup rasa
  9. cili benggali dihiris
  10. minyak zaitun

Advertisements

Cara-Cara

  1. Griskan loyang pembakar dengan sesudu minyak
  2. Susun sayuran di lapisan bawah loyang
  3. Satukan susu,garam,lada hitam dan telur,pukul hingga kembang.Tuangkan dalam loyang.
  4. Bakar pada suhu 180 darjah selama 30-40 minit,sehingga telir masak dan sedikit keperangan.

*sayur-sayuran boleh diubah mengikut citarasa.Pernah juga makan yang dicampur dengan bayam,asparagus dan terung.Boleh juga ditambah dengan serbuk oregano dan thymian. 🙂

selamat mencuba!

Kredit:

resipi dunia masakan

Advertisements

Translate »