Resipi Sotong Goreng Asam Pedas

Sotong Goreng Asam Pedas

🍽️ Nak Masak Apa Hari Ini? Jom Cuba Sotong Goreng Asam Pedas Guna Pes Tumisan Asam Pedas Adjemz – Manis, Pedas, Masam Menyelerakan!

Pernah cuba Sotong Goreng Asam Pedas? Rare tapi sedap teramat! Kombinasi sotong gorengΒ  dengan siraman kuah asam pedas pekat-pedas memang buat makan bertambah. Resipi ini sangat sesuai untuk anda yang suka kelainan, tapi nak masak cepat dan senang. Tak perlu tumis banyak bahan, cukup satu pes serbaguna – terus siap hidangan beraroma yang buat selera terbuka.

βœ”οΈ Lengkap dengan masam asam jawa segar, bawang, dan bahan tumisan siap sedia
βœ”οΈ Jimat masa – tak perlu kupas, kisar, atau tumis bawang dari kosong
βœ”οΈ Boleh juga guna untuk ayam, ikan, daging dan tofu – serbaguna!


(sila scroll ke bawah sekali untuk video cara memasak)

IKLAN

πŸ›’ Bahan-Bahan Sotong Goreng Asam Pedas

Ini adalah bahan yang paling basic untuk membuat Sotong Goreng Asam Pedas menggunakan Pes Adjemz. Anda boleh adjust kuantiti dan sukatan bergantung pada citarasa anda.

Bahan – Bahan

  • 300g sotong segar (bersihkan dan potong ikut suka)
  • Pes Serbaguna Tumisan Asam Peda Adjemz
  • 1 cawan air
  • Serbuk kunyit
  • Minyak masak
  • 1 biji tomato yang dipotong 6
  • 1 biji Bawang Holland yang dipotong bulat
  • Gula atau madu

πŸ‘©β€πŸ³ Cara-Cara Masak Sotong Goreng Asam Pedas

  1. Gaul sotong dengan serbuk kunyit
  2. Sediakan kuali menggoreng dan tambahkan sedikit minyak
  3. Masukkan sotong, bawang, cili dan sayuran.
  4. Goreng sebentar sehingga bawang dan sayuran agak layu
  5. Masukkan 1 sudu  Pes Serbaguna Tumisan Asam Pedas Adjemz
  6. Tambahkan air mengikut banyak kuah yang diinginkan
  7. Tambahkan garam, gula atau madu (ikut citarasa anda)
  8. Masak sebentar sehingga kuah menjadi lebih pekat berkilat
  9. Tutupkan api dan sedia untuk dihidangkan

✨ Tips Memasak Sotong Yang Sedap

  1. Jangan masak sotong terlalu lama – cukup 2–3 minit untuk elak liat
  2. Gunakan sotong saiz sederhana – lebih sedap dan cepat empuk
  3. Tambah hirisan bunga kantan untuk aroma asam pedas yang menyelerakan
  4. Campur sedikit kicap atau sos tiram untuk rasa ‘umami’
  5. Taburkan daun bawang atau ketumbar sebelum hidang
  6. Nak kuah lebih pekat? Campurkan dengan sedikit air yang dibancuh dengan tepung jagung.

🎦KOLEKSI VIDEO MASAKAN

Lima jenis pes, lima rasa berbeza – Dari masakan asam pedas hinggalah kari berempah. Semua boleh siap dalam masa 15 minit je!

Tak perlu fikir menu setiap hari.

Guna je satu pes, ZASS siap lauk sedap satu keluarga!

Dapatkan sekarang kerana harga promosi ini akan tamat bila-bila masa sahaja

BORANG TEMPAHAN
PES SERBAGUNA ADJEMZ

Scroll to Top