Sambal ini tahan lama. Boleh disimpan siap-siap dalam peti ais. Sedap dimakan dengan nasi panas. Untuk memastikan sambal digoreng dengan sempurna, gunakan lebih minyak masak. Jangan risau, lebihan minyak tersebut boleh diasingkan dan digunakan semula untuk memasak sayur-sayuran.
Bahan-Bahan Yang Diperlukan
Minyak masak
Cili padi
Cili merah besar
Tomato
Bawang besar
Bawang putih
Belacan
Air asam jawa -secukup rasa
Gula merah – secukup rasa
Garam – secukup rasa
Cara-Cara
Goreng sekejap semua bahan dalam minyak masak sehingga agak layu
Toskan dan masukkan semua bahan ke dalam blender
Kisar semua bahan jangan terlalu lumat
Panaskan semula minyak tadi
Tumis semula bahan kisar hingga naik bau dan garing.
Sekiranya kurang minyak boleh ditambah.
Masukkan air asam jawa.
Perisakan dengan garam dan gula dengan secukupnya.