Selamat Datang ke Adjemz.Com

Sambal Belacan Goreng

Sambal ini tahan lama. Boleh disimpan siap-siap dalam peti ais. Sedap dimakan dengan nasi panas. Untuk memastikan sambal digoreng dengan sempurna, gunakan lebih minyak masak. Jangan risau, lebihan minyak tersebut boleh diasingkan dan digunakan semula untuk memasak sayur-sayuran.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan

  1. Minyak masak
  2. Cili padi
  3. Cili merah besar
  4. Tomato
  5. Bawang besar
  6. Bawang putih
  7. Belacan
  8. Air asam jawa -secukup rasa
  9. Gula merah – secukup rasa
  10. Garam – secukup rasa

 

 

Advertisements

Cara-Cara

  1. Goreng sekejap semua bahan dalam minyak masak sehingga agak layu
  2. Toskan dan masukkan semua bahan ke dalam blender
  3. Kisar semua bahan jangan terlalu lumat
  4. Panaskan semula minyak tadi
  5. Tumis semula bahan kisar hingga naik bau dan garing.
  6. Sekiranya kurang minyak boleh ditambah.
  7. Masukkan air asam jawa.
  8. Perisakan dengan garam dan gula dengan secukupnya.
  9. Kalau suka, biar sedikit garing

Kredit:

Advertisements

Translate »