Selamat Datang ke Adjemz.Com

SAGU SOM-SOM

Bahan-Bahan Yang Diperlukan

BAHAN UNTUK SAGU

  1. 1 cwn sagu
  2. 3 cwn air
  3. 2 helai pandan
  4. sedikit pewarna hijau

 

BAHAN SAGU SOM~SOM

  1. 1/2 cwn tepung beras
  2. 4 cwn santan
  3. garam secukup rasa

 

BAHAN AIR GULA

  1. 1 1/2 cwn air
  2. 4 keping gula kerek/melaka *boleh guna gula merah
  3. 1/4 cwn gula pasir
  4. 2 helai pandan disimpul

Cara-Cara

CARA PENYEDIAAN SAGU

  1. masak air bersama pandan hingga mendidih/masukkan pewarna hijau
  2. keluarkan pandan
  3. masukkan sagu
  4. kacau hingga pekat/masa ni sagu masih bermata ikan
  5. tuang sagu ke dalam bekas kecil
  6. kukus selama 15min sehingga sagu jernih
  7. sejukkan
    *** boleh juga kacau hingga sagu jernih tanpa perlu dikukus
    dengan menambah sukatan air

CARA PENYEDIAAN KANJI SOM~SOM

  1. satukan kesemua bahan di dalam periuk/sebatikan
  2. masak hingga hingga pekat dan meletup2 dengan api sederhana
  3. sentiasa dikacau utk mengelakkan berketul ye
  4. tuang adunan ke atas sagu
  5. sejukkan

 

CARA PENYEDIAAN AIR GULA

  1. satukan semua bahan
  2. masak api sederhana hingga mendidih
  3. tapis dan sejukkan
    Siap

Kredit:

MAS COTEK

Buku Resipi Untuk Anda

Kelas Masakan Online

Advertisement

Advertisements

Translate »