Selamat Datang ke Adjemz.Com

Kari Kepala Ikan Merah

Kari Kepala ikan merah
Pastinya ramai penggemar kari kepala ikan merah. Enak dimakan bersama nasi putih panas-panas. Untuk mendapatkan kari yang sedap, rempah perlu dimasak lama mengunakan api kecil sehingga pecah minyak.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan

  1. Kepala ikan merah
  2. Santan
  3. 5ulas bwg merah
  4. 3 ulas bawang putih
  5. Sedikit halia
  6. Sedikit lengkuas
  7. Sedikit kunyit hidup
  8. 3sudu bsr cili boh /cilikering
  9. 1 ulas asam keping
  10. 1peket rempah kari ikan
  11. 3tangkai daun kari

Advertisements

Cara-Cara

  1. Tumbuk bwg merah, bwg putih, lengkuas, halia, kunyit, gaul dengan rempah n cili boh dgn sedikit air
  2. Panaskan 3sudu bsr minyak, masukkan daun kari
  3. Masukkan kesemua bahan rempah, asam keping, kacau sampai pecah minyak
  4. Masukkan santan, sampai menggelegak, sentiasa kacau supaya tak berketul
  5. Masukkan ikan dan gula garam
  6. Bila hampir masak baru letak kacang bendi (kalau suka)

Peringatan : sentiasa kacau
Bila hampir masak, kecikkan api
Dlm 3 minit, kat sni la santan akan
Pecah minyak, warna pun akan jd
Cantik

Kredit:

Zaleha Mamat‎

Advertisements

Translate »