Ayam kungpao

Resipi Ayam Kungpao

“Nak masak apa hari ini?” Kalau anda masih mencari idea untuk hidangan makan tengah hari atau malam yang simple dan tak banyak bahan, apa kata cuba ayam masak bali! Hidangan ini cukup istimewa dengan gabungan rasa pedas, manis, dan aroma rempah yang memikat. 

Resipi ini diinspirasikan daripada masakan Indonesia dan pernah viral di Malaysia satu ketika dulu.

(sila scroll ke bawah sekali untuk video cara memasak)

Kuah pekat yang bersalut sempurna pada ayam menjadikan hidangan ini sesuai dimakan bersama nasi putih panas.

Keistimewaan ayam masak bali rasa unik serai dan bahan kisar berempah yang memberikan rasa yang lebih “kaw.” Jika anda peminat masakan berempah, resipi ini mesti ada dalam senarai wajib cuba! Apa yang best, ayam masak bali boleh diolah mengikut selera—sama ada pedas atau manis, terpulang kepada cita rasa anda.

Jadi, jangan lupa scroll hingga habis! Kami sediakan juga video masakan viral yang boleh membantu anda memahami dengan lebih jelas cara memasak ayam masak bali yang sempurna.

ps: Bookmark page ini supaya anda boleh rujuk semula di masa depan 😘

IKLAN

🛒 Bahan-Bahan Ayam Masak Bali

Ini adalah bahan yang paling basic untuk membuat ayam masak bali. Anda boleh adjust kuantiti dan sukatan bergantung pada citarasa anda.

Bahan A (Perap Ayam)

  • Ayam – potong kecil
  • serbuk kunyit
  • garam (secukup rasa)

 

Bahan Untuk Menumis

  • 4 ulas bawang putih – Kisar
  •  6 biji bawang merah – Kisar
  •  2 cm halia – Kisar
  • 4 batang serai – diketuk dan dicarik
  • 3 tangkai daun kari
 

Bahan Untuk Kuah

  •  3 sudu besar cili boh
  •  2 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil gula

 

Lain-lain

  • Minyak secukupnya untuk menggoreng dan menumis

👩‍🍳 Cara-Cara Masak Ayam Masak Bali

1. Goreng Ayam

  • Perap ayam dengan serbuk kunyit dan garam selama 15 minit.
  • Panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak.
  • Angkat dan ketepikan.

 

2. Tumiskan Bahan Untuk Kuah 

  • Panaskan minyak
  • Masukan daun kari dan serai
  • Kacau sehingga serai dan daun kari garing
  • Masukkan bahan kisar – bawang putih, bawang merah dan halia 
  • Masukkan sos cili boh – Tumis sampai naik minyak
  • Masukkan kicap manis, sos tiram dan air asam jawa
  • Kacau hingga semua bahan sebati dan berkilat

 

3. Masukkan Ayam

  • Masukkan ayam, gaul rata, dan tuangkan sedikit air
  • Masukkan kiub ayam kalau suka
  • Biarkan ayam masak selama 5 minit

 

4. Perasakan  dan Siap

  • Tambah gula secukup rasa.
  • Taburkan daun kari dan cili potong sebelum dihidangkan.
  • Hidangan ini pasti membuka selera!

✨ Tips Memasak Ayam Masak Bali Yang Lebih Sedap

  1. Gunakan ayam segar supaya rasa ayam lebih juicy dan lembut.
  2. Untuk versi lebih manis berlemak, masukkan sedikit gula melaka.
  3. Boleh tambahan daun limau purut untuk memberikan lagi aroma yang lazat pada masakan
  4.  Biarkan kuah mereneh lebih lama supaya perisa lebih sebati dalam ayam
  5. Jika suka lebih berkuah, tambahkan air atau sedikit santan untuk rasa lemak manis.

💕KOLEKSI VIDEO MASAKAN AYAM KUNGPOA

Nak lihat cara memasak yang lebih jelas? Tonton video-video viral ini! Anda boleh dapat lebih banyak idea dan teknik memasak ayam kungpoa yang lebih padu.

Ayam KungPoa versi Che Nom

Ayam Sambal Bali versi Kak Yan

Ayam Masak Bali Versi Khairul Aming

Scroll to Top