🍽️Nak Masak Apa Hari Ini? Jom Cuba Nasi Tomato Simple Guna Pes Tomato Adjemz!
Kalau selalu masak nasi putih je, sesekali ubah angin dengan Nasi Tomato Simple – baru makan pun berselera!
Tapi kalau nak buat nasi tomato cara mudah tanpa perlu tumis banyak bahan, guna je Pes Serbaguna Tumisan Masak Tomato Adjemz.
Bukan saja cepat siap, tapi aromanya wangi dan rasanya seakan nasi kenduri!
IKLAN

MySabun.Com

HomeBiz.my

RahsiaDoaMustajab
🛒 Bahan-Bahan Nasi Tomato
Ini adalah bahan yang paling basic untuk membuat Nasi Tomato menggunakan Pes Adjemz. Anda boleh adjust kuantiti dan sukatan bergantung pada citarasa anda.
- 2 cawan beras (basuh dan toskan)
- 1 sudu besar Pes Serbaguna Tumisan Masak Tomato Adjemz
- 1 sudu besar minyak sapi / butter
- 1 sudu kecil garam
- 1 biji tomato segar (dipotong dadu – pilihan)
- 3.5 cawan air (atau ikut sukatan beras anda)
- Daun pandan (jika ada)
👩🍳 Cara-Cara Masak Nasi Tomato Simple
Kaedah Rice Cooker:
-
Panaskan sedikit minyak sapi atau butter dalam periuk nasi (guna fungsi “Cook”).
-
Masukkan Pes Serbaguna Tumisan Masak Tomato Adjemz dan tumis sekejap hingga naik bau.
-
Masukkan beras, tomato dadu dan air. Gaul rata.
-
Masukkan daun pandan dan sedikit garam. Tutup dan biar nasi masak seperti biasa.
-
Bila nasi masak, gemburkan dengan garfu supaya tidak berketul. Siap!
✨ Tips Memasak Nasi Tomato
- Guna minyak sapi untuk aroma nasi yang lebih “kaw”
- Tambah sedikit susu cair jika suka rasa nasi yang lebih lemak
- Letak kismis atau kacang gajus untuk menambah rasa dalam nasi
- Nasi ini sangat sesuai dimakan dengan ayam masak merah (resipi diberi di bawah), acar timun dan papadom
🎦KOLEKSI VIDEO MASAKAN

Lima jenis pes, lima rasa berbeza – Dari masakan asam pedas hinggalah kari berempah. Semua boleh siap dalam masa 15 minit je!
Tak perlu fikir menu setiap hari.
Guna je satu pes, ZASS siap lauk sedap satu keluarga!
Dapatkan sekarang kerana harga promosi ini akan tamat bila-bila masa sahaja