Selamat Datang ke Adjemz.Com

Nasi Lemak

resipi nasi lemak

Bahan-Bahan Yang Diperlukan

Bahan untuk nasi

  1. 3 cawan beras
  2. 1 cawan santan
  3. 3 cawan air ( anggaran saja –kadar air ikut jenis beras yang anda guna, boleh tambah jika di perlukan)
  4. 3 hiris halia
  5. 1 helai daun pandan
  6. 3 ulas bawang merah ( di hiris) sedikit garam

 

Bahan Untuk Sambal

  1. 6 sudu besar cili giling
  2. 3 biji bawang merah
  3. – ditumbuk 2 ulas bawang putih
  4. – ditumbuk 2 biji bawang besar
  5. – 1 biji bawang ditumbuk dan 1 biji bawang besar hiris
  6. segenggam ikan bilis ( sebahagian di tumbuk, sebahagian lagi di goreng )
  7. sedikit air asam jawa
  8. sedikit belacan jika suka
  9. sedikit garam, gula dan perasa

 

Bahan sampingan lain;

  1. ikan bilis goreng
  2. timun dihiris
  3. kacang tanah
  4. telur rebus

Advertisements

Cara-Cara

Penyediaan Nasi

Campurkan semua bahan di dalam rice cooker dan masak seperti biasa.

 

Cara Membuat Sambal

1. Tumis cili giling, bawang merah, bawang besar, bawang putih, ikan bilis dan belacan hingga pecah minyak.
2. Masukkan air asam, bawang besar hiris dan sedikit air agar sambal tidak terlalu pekat.
3. Bila sudah mendidih sesuaikan rasa dam masukkan ikan bilis yang telah di goreng.

Tips: Timun yang telah dipotong seeloknya simpan di dalam peti sekejap supaya timun tidak basah untuk diletakkan bersama dengan nasi lemak.

Kredit:

Advertisements

Translate »