Selamat Datang ke Adjemz.Com

Nasi Ayam

resipi nasi ayam

Bahan-Bahan Yang Diperlukan

Bahan Untuk Air Rebusan Ayam  

  1. 1 ekor ayam – dipotong empat
  2. 1 sup bunjut
  3. 1 labu bawang besar – dipotong empat
  4. 3 ulas bawang putih – diketuk
  5. 1 inci halia – diketuk

 

Bahan Untuk Sup

  1. 1 kiub ayam .
  2. daun sup,
  3. daun bawang
  4. bawang goreng sebagai hiasan.

 

Bahan-bahan Untuk Nasi

  1. 3 cawan beras – basuh dan toskan
  2. 4 1/2 cawan air rebusan ayam
  3. 3 ulas bawang merah – dihiris
  4. 2 ulas bawang putih – dihiris
  5. 1 inci halia – dihiris
  6. 1 helai daun pandan – disimpul
  7. 1 sudu teh garam

 

Bahan Untuk Ayam

  1. 1 sudu besar Sos tiram,
  2. 2 sudu besar kicap cair,
  3. 2 sudu besar kicap manis
  4. 1 sudu besar madu

 

Bahan Utk Sos cili

  1. 5 tangkai cili merah,
  2. 1 ulas bawang putih,
  3. garam dan gula secukup rasa,
  4. 1/2 sudu teh cuka
  5. 2 sudu besar sos cili

 

Bahan Untuk Sos Kicap

  1. 5 sudu besar kicap manis,
  2. 3 sudu besar kicap masin
  3. 1/2 sudu teh minyak bijan.

Cara-Cara

Cara Menyediakan  Air Rebusan Untuk Nasi & Sup

  1. Rebus ayam bersama sup bunjut, bawang besar, bawang putih dan halia hingga mendidih.
  2. Keluarkan ayam dan toskan.
  3. Guna separuh air rebusan tadi untuk memasak nasi dan asingkan separuh lagi untuk dijadikan sup
  4. Untuk Sup – tambahkan kiub ayam serta daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebagai hiasan.

 

Cara Menyediakan Ayam

  1. Perapkan dengan  Sos tiram, kicap cair, kicap manis dan madu.
  2. Goreng hingga keperangan
  3. potong ketika menghidang.

 

Cara memasak Nasi:

1. Panaskan minyak campur sedikit mentega di dalam periuk nasi, tumis bahan-bahan yang dihiris nipis hingga wangi, masukkan lemak ayam, kacau hingga sebati dan pecah minyak.

2. Masukkan pula beras dan kacau lagi.

3. Seterusnya masukkan air rebusan ayam, daun pandan, garam dan beberapa titis pewarna kuning (pilihan) dan masak seperti nasi biasa

 

Cara Menyediakan Kuah Cili

Kisar cili merah, bawang putih, garam dan gula secukup rasa,

 

Cara Menyediakan Kuah Kicap
Campurkan 1 cawan air rebusan ayam dengan 5 sudu besar kicap manis, 3 sudu besar kicap masin dan 1/2 sudu teh minyak bijan.

Kredit:

Buku Resipi Untuk Anda

Kelas Masakan Online

Advertisement

Advertisements

Translate »