Selamat Datang ke Adjemz.Com

Kek Coklat Cheese

Bahan-Bahan Yang Diperlukan

Adunan Cheese

  1. 250 gm cream cheese
  2. 20 gm tepung gandum
  3. 80 gm gula kastor
  4. 25 ml susu cair
  5. 1 biji telur ayam

 

Adunan Coklat

  1. 1 cawan minyak (minyak jagung/minyak masak)
  2. 1 cawan susu pekat
  3. 1 cawan susu cair
  4. 1 cawan serbuk koko
  5. 10 sudu besar gula
  6. 3 biji telur ayam Gred A

 

Ayak bahan ni sekali

  1. 1 1/4 cawan tepung gandum(nak guna tepung kek boleh tp takyah letak soda n baking dah)
  2. 1 sudu kecil soda bikarbonat
  3. 1 sudu kecil baking powder
  4. Secubit garam halus

Cara-Cara

Adunan Cheese

  1. Putar dulu cream cheese dgn gula, telur, susu cair
  2. Kemudian masuk tepung pukul sampai sebati dan licin tiada ketulan
    Letak dalam acuan, kukus 2minit
  3. Sebelum tu, sapu acuan dengan minyak sikit di dalam acuan sebelum dituangkan adunan cream cheese

 

Adunan Coklat

  1. Masuk aje semua bahan dalam blender n blend sebati lebih kurang 5 minit
  2. Kemudian masukkan adunan yang blend tadi dalam bekas besar,
  3. Masukkn tepung yang telah diayak sikit demi sikit, kaup balik sampai sebati
  4. Tapis adunan untuk elak ade yang berketul
  5. Biarkan kejap
  6. Selepas itu, boleh tuang keatas cheese yang sudah kukus tadi.
  7. Kukus semula dalam 7 minit/sehingga masak dengan api sederhana

Kredit:

resipi dunia masakan

Buku Resipi Untuk Anda

Kelas Masakan Online

Advertisement

Advertisements

Translate »
Jom Chat!