Selamat Datang ke Adjemz.Com

KARI IKAN TONGKOL

KARI IKAN TONGKOL
Kari ikan tongkol memang sedap disukai ramai. Sesuai sebagai lauk untuk makan tengahari atau malam. Selalunya disediakan bersama nasi dagang.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan

  1. 1 ekor ikan tongkol – bersihkan dan dipotong2
  2. 5 biji bendi – dipotong pangkal dan hujung
  3. 1 bji terung bulat – potong baji
  4. 1 biji tomato – potong baji
  5. 2 biji bawang merah – tumbuk
  6. 1 ulas bawang putih – tumbuk
  7. 1 cm halia – tumbuk
  8. 2 sudu makan cili giling
  9. 1 pkt kecil serbuk kari
  10. 1/2 cawan air asam jawa
  11. 1 cawan air
  12. 2 cawan santan pekat
  13. minyak secukupnya
  14. gula dan garam secukup rasa
  15. sedikit daun kari
    .

Advertisements

Cara-Cara

1. Tumiskan bahan tumbuk. Bila dah kekuningan masukkan cili giling. Tumis sampai agak garing. Masukkan air asam jawa. Masukkan serbuk kari sekali. Tumis bahan2 sampai garing.

2. Masukkan 1 cawan air dan 1 cawan santan. Masukkan juga terung dan bendi serta ikan tongkol. Masak sampai mendidih.

3. Masukkan 1 cawan santan lagi. Perasakan juga dengan garam dan gula. Biarkan mendidih sekali lagi dan masukkan tomato sekejap.Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Selamat mencuba!!

Kredit:

mohd hairin

Advertisements

Translate »