🍽️Nak Masak Apa Hari Ini?
Ikan goreng dah biasa. Tapi bila digabungkan dengan kuah sweet sour ala Thai — terus naik selera sekeluarga!
Resipi ini paling sesuai untuk hari sibuk, tapi masih nak hidang lauk yang nampak “effort” di mata suami dan anak-anak.
Guna Pes Tumisan Masak Tomato Adjemz, tak perlu susah payah kisar bawang – semua dah tersedia dengan satu pes.
Hanya olah sikit je rasa dengan bahan sedia ada di dapur, hidangan anda pasti menjadi!
IKLAN

MySabun.Com

HomeBiz.my

RahsiaDoaMustajab
🛒 Bahan-Bahan Ikan Goreng Sweet Sour
Ini adalah bahan yang paling basic untuk membuat Ikan Goreng Sweet Sour menggunakan Pes Adjemz. Anda boleh adjust kuantiti dan sukatan bergantung pada citarasa anda.
- 1 ekor ikan (siakap / talapia)
- Pes Serbaguna Tumisan Masak Tomato Adjemz
- 1 cawan air
- Serbuk kunyit
- Minyak masak
- 1 biji Tomato – dipotong dadu
- 1 biji Bawang Holland – dipotong dadu
- Daun ketumbar
- Gula atau madu
👩🍳 Cara-Cara Masak Ikan Goreng Sweet Sour
Penyediaan Ikan Goreng
- Lumurkan dengan serbuk kunyit dan garam
- Goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing
- Angkat dan ketepikan
Penyediaan Kuah Sweet Sour
- Dalam kuali menggoreng yang sama, tinggalkan sedikit minyak untuk menumis
- Masukkan bawang holland dan goreng sehingga agak garing
- Masukkan 1-2 sudu Pes Serbaguna Tumisan Masak Tomato Adjemz
- Tambahkan air mengikut banyak kuah yang diinginkan
- Masukkan buah tomato
- Masak sebentar sehingga mendidih dan kuah menjadi pekat
- Tambah gula atau madu (ikut citarasa anda)
- Gaul sebentar dan tutup api.
- Tuangkan kuah sweet sour ke atas ikan goreng.
- Tabur daun ketumbar untuk aroma ala Thai
- Makan dengan nasi panas
✨ Tips Memasak Ikan Goreng Yang Sedap
- Guna ikan segar – ikan siakap, kerapu atau bawal sangat sesuai
- Goreng ikan guna api sederhana supaya isi kekal juicy
- Boleh lumurkan ikan dengan tepung jagung untuk lebih rangup
- Boleh tambah nanas yang dipotong kiub jika suka rasa lebih masam manis berjus
🎦KOLEKSI VIDEO MASAKAN

Lima jenis pes, lima rasa berbeza – Dari masakan asam pedas hinggalah kari berempah. Semua boleh siap dalam masa 15 minit je!
Tak perlu fikir menu setiap hari.
Guna je satu pes, ZASS siap lauk sedap satu keluarga!
Dapatkan sekarang kerana harga promosi ini akan tamat bila-bila masa sahaja