Daging Goreng Lemon Berempah

Daging Goreng Lemon Berempah

“Nak masak apa hari ini?” Kalau anda masih mencari idea untuk hidangan makan tengah hari atau malam yang simple dan tak banyak bahan, apa kata cuba Daging Goreng Lemon Berempah. 

Anda boleh menambah pelbagai sayur-sayuran kegemaran seperti brokoli, lobak merah, kacang panjang, capsicum, atau bunga kubis untuk menjadikannya menu sayur yang lebih sihat.

Anda juga boleh ubah suai resipi mengikut selera sendiri—sama ada mahu lebih pedas, berkuah, atau menggantikannya dengan ayam, sotong dan udang. Sangat sesuai untuk mereka yang inginkan hidangan yang cepat disediakan, tetapi tetap menyelerakan dan berkhasiat.

Guna Pes Serbaguna Tumisan Lemon Berempah Adjemz je dah cukup.

(sila scroll ke bawah sekali untuk video cara memasak)

ps: Bookmark page ini supaya anda boleh rujuk semula di masa depan 😘

IKLAN

🛒 Bahan-Bahan Daging Goreng Lemon Berempah

Ini adalah bahan yang paling basic untuk membuat daging goreng lemon berempah. Anda boleh adjust kuantiti dan sukatan bergantung pada citarasa anda.

Bahan A (Perap Daging 30min)

  • 300g daging – potong kecil
  • 1 sudu Pes Serbaguna Tumisan Lemon Berempah Adjemz
  • Kicap Manis
  • Tepung jagung
  • Sedikit Minyak

 

Bahan Untuk Menumis

  • 1 Sudu Pes Serbaguna Tumisan Lemon Berempah Adjemz
  • 1 batang lobak merah – potong serong
  • 1/2 biji capsicum potong kiub
  • 1 cawan brokoli
  • 1 cawan kacang pis 
  • 5 biji cili padi – ketuk (jika suka pedas)
  • kiub pati ayam (kalau suka)
  • gula (secukup rasa)

👩‍🍳 Cara-Cara Masak

  • Panaskan minyak dan goreng daging sehingga air daging kering
  • Angkat dan ketepikan
  • Gunakan minyak gorengan daging tadi
  • Masukkan 1 sudu besar Pes Serbaguna Tumisan Lemon Berempah Adjemz
  • Tumis sebentar sampai naik minyak
  • Masukkan semua sayuran
  • Masak sehingga sayur lembut
  • Masukkan daging goreng, gaul rata, 
  • Perasakan dengan setengah kiub pati ayam dan gula kalau suka
  • Sedia untuk dihidang bersama nasi panas

✨ Tips Memasak Daging Goreng Yang Lebih Sedap

  1. Perap dulu daging dengan baking soda selama 15min supaya daging lebih lembut. Basuh daging sebelum diperap dengan pes Adjemz
  2. Untuk versi lebih manis berlemak, masukkan sedikit gula melaka.
  3. Boleh tambahan daun limau purut untuk memberikan lagi aroma yang lazat pada masakan
  4.  Jika suka berkuah, tambahkan sedikit air 

🎦KOLEKSI VIDEO MASAKAN

Pes Serbaguna Adjemz

Lima jenis pes, lima rasa berbeza – Dari masakan asam pedas hinggalah kari berempah. Semua boleh siap dalam masa 15 minit je!

Tak perlu fikir menu setiap hari.

Guna je satu pes, ZASS siap lauk sedap satu keluarga!

Dapatkan sekarang kerana harga promosi ini akan tamat bila-bila masa sahaja

BORANG TEMPAHAN
PES SERBAGUNA ADJEMZ

Scroll to Top