🍽️Nak Masak Apa Hari Ini? Jom Cuba Ayam Goreng Korea Sos Halia Guna Pes Tumisan Masak Halia Adjemz!
Kalau selalu tengok ayam goreng Korea dalam K-drama, kali ni boleh buat versi fusion Malaysia-Korea yang lebih sihat & jimat — Ayam Goreng Korea Sos Halia, guna Pes Tumisan Masak Halia Adjemz.
Resipi ni gabungkan rasa pedas manis sticky ala Korea dengan aroma halia segar yang menyengat dan menyelerakan. Anak-anak pun suka, suami confirm tambah nasi!
ps: Bookmark page ini supaya anda boleh rujuk semula di masa depan 😘
IKLAN

MySabun.Com

HomeBiz.my

RahsiaDoaMustajab
🛒 Bahan-Bahan Ayam Goreng Korea Sos Halia
Ini adalah bahan yang paling basic untuk membuat Ayam Korea Sos Halia menggunakan Pes Adjemz. Anda boleh adjust kuantiti dan sukatan bergantung pada citarasa anda.
Bahan – Bahan
- 500g ayam dipotong kecil
- Pes Serbaguna Tumisan Masak Halia Adjemz
- 1 sudu yogurt / mayonis /minyak masak/putih telur (untuk melekatkan tepung pada ayam)
- Tepung Goreng Rangup (Boleh beli yang dah siap atau buat sendiri)
- Minyak Bijan
- Lada sulah
- Gula atau madu
Campuran Tepung Rangup Buat Sendiri
- 1 cawan Tepung Ubi Kayu
- Setengah cawan Tepung Beras
- Setengah cawan Tepung Gandum
👩🍳 Cara-Cara Masak Ayam Goreng Korea Sos Halia
Penyediaan Ayam
- Perapkan ayam dengan garam dan 1 sudu yogurt / mayonis /minyak masak/putih telur selama 30 minit
- Sebelum menggoreng ayam salutkan dengan tepung rangup . (Jangan campur air)
- Goreng ayam dalam minyak sehingga garing sempurna
- Angkat dan ketepikan
Penyediaan Sos Halia
- Dalam kuali, masukkan 1-2 sudu Pes Serbaguna Tumisan Masak Halia Adjemz
- Tambahkan sedikit demi sedikit air untuk mencairkan pes
- Tambah serbuk lada, sesudu minyak bijan dan gula/ madu (ikut citarasa anda)
- Hidupkan api
- Kacau campuran tersebut sehingga mendapat sos yang agak likat
- Sekiranya terlebih cair boleh tambahkan sedikt air yang dicampur tepung jagung
- Setelah pes likat dan berkilat masukkan ayam goreng tadi
- Kacau sehingga semua sos bersalut pada ayam.
- Tutupkan api
- Sedia untuk dimakan
✨ Tips Memasak Ayam Goreng Yang Sedap
- Guna ayam bahagian kepak atau peha – lebih juicy dan sedap bila digoreng
- Goreng 2 kali untuk hasil ayam lebih rangup seperti ayam goreng K-fried chicken
- Campur sedikit cili kisar atau chili flakes jika suka lebih pedas
- Sos boleh dibuat awal dan simpan dalam peti, tinggal panaskan je bila nak makan
- Tambah bijan sangai dan hirisan daun bawang untuk hiasan ala kedai Korea
🎦KOLEKSI VIDEO MASAKAN

Lima jenis pes, lima rasa berbeza – Dari masakan asam pedas hinggalah kari berempah. Semua boleh siap dalam masa 15 minit je!
Tak perlu fikir menu setiap hari.
Guna je satu pes, ZASS siap lauk sedap satu keluarga!
Dapatkan sekarang kerana harga promosi ini akan tamat bila-bila masa sahaja