Selamat Datang ke Adjemz.Com

Ayam Bakar Madu

Ayam Bakar Madu
Ayam Bakar Madu adalah satu menu yang seringkali ada di pasar-pasar malam atau di bazar-bazar ramadhan. Rasanya yang masin-masin manis menjadikannya sedap diratah begitu sahaja. Kalau kena dengan nasi panas-panas, ishh..nikmatnya memang susah nak digambarkan. Berikut resipi yang dikongsikan oleh Channel Buat Orang Lapo

Bahan-Bahan Yang Diperlukan

  1. 600gm ayam ( ± 8 ketul ayam )
  2. ¼ cawan sos cili
  3. ¼ cawan sos tomato
  4. ¼ cawan sos tiram
  5. 3 sudu besar madu
  6. 1 sudu besar gula perang
  7. ½ sudu besar garam
  8. 1 sudu besar serbuk cili
  9. 1 sudu besar lada hitam
  10. 2 ulas bwg putih di tumbuk lumat
  11. 2 sudu besar butter

Cara-Cara

  1. Panaskan kuali masukkan mentega, sos cili, sos tomato, sos tiram, madu, gula perang, garam, serbuk cili, lada hitam serta bawang putih dan masak semua bahan sekejap.
  2. Campurkan bahan yang di masak tadi ke dalam ayam dan gaul sehingga sebati.
  3. Perap ayam lebih kurang 1 jam atau boleh perap ayam lebih lama untuk lebih sedap.
  4. Susun ayam di dalam bekas atau loyang yang bersesuaian dan tuangkan sedikit minyak masak ke atas ayam.
  5. Bakar ayam pada suhu 200°C selama 40 minit.
  6. Semasa membakar ayam boleh tambah lebihan sos perapan ayam supaya lebih sedap.
  7. Sambung semula bakar ayam sehingga masak.
  8. Siap!

Kredit:

Channel Buat Orang Lapo

Buku Resipi Untuk Anda

Kelas Masakan Online

Advertisement

Advertisements

Translate »
Jom Chat!