🍽️Nak Masak Apa Hari Ini?

Teringin makan ikan bakar petai? Selalunya kalau nak makan ikan bakar ni, mesti pergi kedai sebab tak reti buat sendiri.  Sebenarnya kalau guna Pes Tumisan Asam Pedas Adjemz, resepi ni jadi super senang – tak perlu kisar sambal pun! Tapi yang penting petai kene ada laa.. Buat sambal banyak-banyak dan simpan dalam peti ais. Bukan setakat nak bakar ikan je, bakar sotong, udang dan ketam pun boleh. Memang jimat dan puas makan laa kalau buat sendiri. 

Sedap dan zasss.. (sila scroll ke bawah sekali untuk video cara memasak)

IKLAN

🛒 Bahan-Bahan Ikan Bakar Petai

Ini adalah bahan yang paling basic untuk membuat Ikan  Bakar Petai menggunakan Pes Adjemz. Anda boleh adjust kuantiti dan sukatan bergantung pada citarasa anda.

  • 2-3 ekor ikan siakap
  • Pes Serbaguna Tumisan Masak Asam Pedas Adjemz
  • 1 cawan air
  • Minyak masak
  • 1 biji Bawang Holland – dipotong dadu
  • Gula atau madu

👩‍🍳 Cara-Cara Masak Ikan Bakar Petai

Penyediaan Sambal Asam Pedas

  1. Dalam kuali menggoreng tuangkan sedikit minyak untuk menumis
  2. Masukkan bawang holland dan goreng sehingga agak garing
  3. Masukkan 1 pek Pes Serbaguna Tumisan Asam Pedas Adjemz
  4. Tambahkan sedikit air
  5. Masukkan petai
  6. Masak sebentar sehingga kuah menjadi pekat
  7. Tambah gula atau madu (ikut citarasa anda)
  8. Gaul sebentar dan tutup api. – Biarkan sambal sejuk sedikit
  9. Ceduk sambal dan letak di atas ikan 
  10.  Masak ikan di dalam kuali atau periuk memanggang
  11.  Jangan terlalu kuat api supaya sambal tak hangus. Setelah masak, hidangkan panas-panas bersama nasi putih dan ulam.

✨ Tips Memasak Ikan Goreng Yang Sedap

  1. Nak kurangkan minyak? Boleh juga bakar dalam air fryer selama 15–20 minit pada suhu 180°C.

  2. Buat sambal lebih, sedap  dijadikan pencicah ikan

  3. Sambal ini boleh juga dimasukkan kelapa parut tumbuk untuk mendapatkan rasa rangup berlemak

🎦KOLEKSI VIDEO MASAKAN

Lima jenis pes, lima rasa berbeza – Dari masakan asam pedas hinggalah kari berempah. Semua boleh siap dalam masa 15 minit je!

Tak perlu fikir menu setiap hari.

Guna je satu pes, ZASS siap lauk sedap satu keluarga!

Dapatkan sekarang kerana harga promosi ini akan tamat bila-bila masa sahaja

BORANG TEMPAHAN
PES SERBAGUNA ADJEMZ

Scroll to Top