🍽️Nak Masak Apa Hari Ini?

Bila kali terakhir makan ikan cencaru sumbat sambal panas-panas dengan nasi putih? Bau sambal dia menyusuk hidung, kulit ikan rangup sikit, tapi isi dalam masih lembut berjus.

Ramai orang rindu lauk lama ni sebab nampak leceh nak buat. Tapi dengan Pes Tumisan Asam Pedas Adjemz, resepi ni jadi super senang – tak perlu kisar sambal pun!

Hanya olah sikit je rasa dengan bahan sedia ada di dapur, hidangan anda pasti menjadi!

(sila scroll ke bawah sekali untuk video cara memasak)

IKLAN

🛒 Bahan-Bahan Ikan Cencaru Sumbat

Ini adalah bahan yang paling basic untuk membuat Ikan Cencaru Sumbat menggunakan Pes Adjemz. Anda boleh adjust kuantiti dan sukatan bergantung pada citarasa anda.

  • 2-3 ekor ikan cencaru 
  • Pes Serbaguna Tumisan Masak Asam Pedas Adjemz
  • 1 cawan air
  • Serbuk kunyit
  • Minyak masak
  • 1 biji Tomato – dipotong dadu
  • 1 biji Bawang Holland – dipotong dadu
  • Gula atau madu

👩‍🍳 Cara-Cara Masak Ikan Cencaru Sumbat

Penyediaan Ikan 
  1. Ikan cencaru dibelah belakang dan dibersihkan
  2. Lumurkan serbuk kunyit dan garam
 
Penyediaan Sambal Asam Pedas
  1. Dalam kuali menggoreng tuangkan sedikit minyak untuk menumis
  2. Masukkan bawang holland dan goreng sehingga agak garing
  3. Masukkan 1-2 sudu  Pes Serbaguna Tumisan Asam Pedas Adjemz
  4. Tambahkan sedikit air
  5. Masukkan buah tomato
  6. Masak sebentar sehingga kuah menjadi pekat
  7. Tambah gula atau madu (ikut citarasa anda)
  8. Gaul sebentar dan tutup api. – Biarkan sambal sejuk sedikit
  9. Ceduk sambal dan perisikan ke dalam ikan cencaru
  10.  Dengan menggunakan sedikit minyak, masak ikan di dalam kuali atau periuk memanggang
  11. Goreng ikan cencaru hingga garing di luar dan masak elok di dalam. Jangan terlalu kuat api supaya sambal tak hangus. Setelah masak, hidangkan panas-panas bersama nasi putih dan ulam.

✨ Tips Memasak Ikan Goreng Yang Sedap

  1. Nak kurangkan minyak? Boleh juga bakar dalam air fryer selama 15–20 minit pada suhu 180°C.

  2. Buat sambal lebih, sedap  dijadikan pencicah ikan

  3. Sambal ini boleh juga dimasukkan kelapa parut tumbuk untuk mendapatkan rasa rangup berlemak

🎦KOLEKSI VIDEO MASAKAN

Lima jenis pes, lima rasa berbeza – Dari masakan asam pedas hinggalah kari berempah. Semua boleh siap dalam masa 15 minit je!

Tak perlu fikir menu setiap hari.

Guna je satu pes, ZASS siap lauk sedap satu keluarga!

Dapatkan sekarang kerana harga promosi ini akan tamat bila-bila masa sahaja

BORANG TEMPAHAN
PES SERBAGUNA ADJEMZ

Scroll to Top