🍽️ Nak Masak Apa Hari Ini? Jom Cuba Sotong Masak Halia Guna Pes Tumisan Masak Halia Adjemz – Pedas Lembut, Wangi Menyengat!

Kalau tengah cari lauk yang simple tapi power untuk makan tengah hari atau malam, Sotong Masak Halia ni memang pilihan tepat! Tak perlu tumis banyak bahan, cukup satu pes serbaguna – terus siap hidangan beraroma yang buat selera terbuka.

✔️ Lengkap dengan halia segar, bawang, dan bahan tumisan siap sedia
✔️ Jimat masa – tak perlu kupas, kisar, atau tumis halia dari kosong
✔️ Sesuai untuk menu sihat, menu pantang & menu cepat
✔️ Boleh juga guna untuk ayam, ikan, daging dan tofu – serbaguna!


(sila scroll ke bawah sekali untuk video cara memasak)

IKLAN

🛒 Bahan-Bahan Sotong Masak Halia

Ini adalah bahan yang paling basic untuk membuat Sotong Masak Halia menggunakan Pes Adjemz. Anda boleh adjust kuantiti dan sukatan bergantung pada citarasa anda.

Bahan – Bahan

  • 300g sotong segar (bersihkan dan potong ikut suka)
  • Pes Serbaguna Tumisan Masak Halia Adjemz
  • 1 cawan air
  • Serbuk kunyit
  • Minyak masak
  • 1 biji tomato yang dipotong 6
  • 1 Biji Cabai/cili padi (untuk rasa pedas)
  • 1 biji Bawang Holland yang dipotong bulat
  • Gula atau madu

👩‍🍳 Cara-Cara Masak Sotong Masak Halia

  1. Gaul sotong dengan serbuk kunyit
  2. Sediakan kuali menggoreng dan tambahkan sedikit minyak
  3. Masukkan sotong, bawang, cili dan sayuran.
  4. Goreng sebentar sehingga bawang dan sayuran agak layu
  5. Masukkan 1 sudu  Pes Serbaguna Tumisan Masak Halia Adjemz
  6. Tambahkan air mengikut banyak kuah yang diinginkan
  7. Tambahkan garam, gula atau madu (ikut citarasa anda)
    Masak sebentar sehingga kuah menjadi lebih pekat berkilat
  8. Tutupkan api dan sedia untuk dihidangkan

✨ Tips Memasak Sotong Yang Sedap

  1. Jangan masak sotong terlalu lama – cukup 2–3 minit untuk elak liat
  2. Gunakan sotong saiz sederhana – lebih sedap dan cepat empuk
  3. Tambah daun limau purut untuk aroma menyegarkan
  4. Campur sedikit kicap atau sos tiram untuk rasa ‘umami’
  5. Taburkan daun bawang atau ketumbar sebelum hidang
  6. Nak kuah lebih pekat? Campurkan dengan sedikit air yang dibancuh dengan tepung jagung.

🎦KOLEKSI VIDEO MASAKAN

Lima jenis pes, lima rasa berbeza – Dari masakan asam pedas hinggalah kari berempah. Semua boleh siap dalam masa 15 minit je!

Tak perlu fikir menu setiap hari.

Guna je satu pes, ZASS siap lauk sedap satu keluarga!

Dapatkan sekarang kerana harga promosi ini akan tamat bila-bila masa sahaja

BORANG TEMPAHAN
PES SERBAGUNA ADJEMZ

Scroll to Top