🍽️Nak Masak Apa Hari Ini? Jom Cuba Ayam Goreng Korea Masam Pedas Guna Pes Tumisan Asam Pedas Adjemz!
Korang pernah rasa Ayam Goreng Korea dengan sos Asam Pedas? Haa… ini dia gabungan berani antara rasa Korea & tradisi Melayu yang confirm meletup dalam mulut!
Dengan Pes Tumisan Asam Pedas Adjemz, korang boleh rasa masam, manis & pedas power yang unik—dipadankan dengan ayam goreng rangup ala Korea. Resipi ni confirm akan jadi kegemaran anak muda, student, bahkan mak ayah pun suka!
IKLAN

MySabun.Com

HomeBiz.my

RahsiaDoaMustajab
🛒 Bahan-Bahan Ayam Goreng Ala Korea
Ini adalah bahan yang paling basic untuk membuat Ayam Goreng Ala Korea menggunakan Pes Adjemz. Anda boleh adjust kuantiti dan sukatan bergantung pada citarasa anda.
Bahan – Bahan
- 500g ayam dipotong kecil
- Pes Serbaguna Tumisan Asam Pedas Adjemz
- 1 sudu yogurt / mayonis /minyak masak/putih telur (untuk melekatkan tepung pada ayam)
- Tepung Goreng Rangup (Boleh beli yang dah siap atau buat sendiri)
- Minyak Bijan
- Lada sulah
- Gula atau madu
Campuran Tepung Rangup
- 1 cawan Tepung Ubi Kayu
- Setengah cawan Tepung Beras
- Setengah cawan Tepung Gandum
👩🍳 Cara-Cara Masak Ayam Goreng Korea
Penyediaan Ayam
- Perapkan ayam dengan garam dan 1 sudu yogurt / mayonis /minyak masak/putih telur selama 30 minit
- Sebelum menggoreng ayam salutkan dengan tepung rangup . (Jangan campur air)
- Goreng ayam dalam minyak sehingga garing sempurna
- Angkat dan ketepikan
Penyediaan Sos Ala Korea
- Dalam kuali, masukkan 1-2 sudu Pes Serbaguna Tumisan Asam Pedas Adjemz
- Tambahkan sedikit demi sedikit air untuk mencairkan pes
- Tambah serbuk lada, sesudu minyak bijan dan gula/ madu (ikut citarasa anda)
- Hidupkan api
- Kacau campuran tersebut sehingga mendapat sos yang agak likat
- Sekiranya terlebih cair boleh tambahkan sedikt air yang dicampur tepung jagung
- Setelah pes likat dan berkilat masukkan ayam goreng tadi
- Kacau sehingga semua sos bersalut pada ayam.
- Tutupkan api
- Sedia untuk dimakan
✨ Tips Memasak Ayam Goreng Yang Sedap
- Guna ayam bahagian kepak atau peha – lebih juicy dan sedap bila digoreng
- Goreng 2 kali untuk hasil ayam lebih rangup seperti ayam goreng K-fried chicken
- Campur sedikit cili kisar atau chili flakes jika suka lebih pedas
- Sos boleh dibuat awal dan simpan dalam peti, tinggal panaskan je bila nak makan
- Tambah bijan sangai dan hirisan daun bawang untuk hiasan ala kedai Korea
🎦KOLEKSI VIDEO MASAKAN

Lima jenis pes, lima rasa berbeza – Dari masakan asam pedas hinggalah kari berempah. Semua boleh siap dalam masa 15 minit je!
Tak perlu fikir menu setiap hari.
Guna je satu pes, ZASS siap lauk sedap satu keluarga!
Dapatkan sekarang kerana harga promosi ini akan tamat bila-bila masa sahaja