🍽️Nak Masak Apa Hari Ini? Jom Cuba Sotong Masak Merah Guna Pes Tomato Adjemz!
Teringin lauk sotong yang pedas manis dan berkuah pekat tapi tak nak leceh?
Sotong Masak Merah guna Pes Serbaguna Tumisan Masak Tomato Adjemz ni memang penyelamat masa!
Tak perlu kisar bawang atau cari macam-macam sos — semua dah lengkap dalam satu pes. Sesuai untuk lauk makan tengah hari, malam atau jamuan keluarga.
IKLAN

MySabun.Com

HomeBiz.my

RahsiaDoaMustajab
🛒 Bahan-Bahan Sotong Masak Merah
Ini adalah bahan yang paling basic untuk membuat Sotong Masak Merah menggunakan Pes Adjemz. Anda boleh adjust kuantiti dan sukatan bergantung pada citarasa anda.
Bahan – Bahan
- 400g sotong segar (bersihkan dan potong ikut suka)
- Pes Serbaguna Tumisan Masak Tomato Adjemz
- 1 cawan air
- Serbuk kunyit
- Minyak masak
- 1 Urat Kacang Panjang atau tomato yang dipotong memanjang
- 1 Biji Cabai/cili padi (untuk rasa pedas)
- 1 biji Bawang Holland yang dipotong bulat
- Gula atau madu
👩🍳 Cara-Cara Masak Sotong Masak Merah
- Gaul sotong dengan serbuk kunyit
- Sediakan kuali menggoreng dan tambahkan sedikit minyak
- Masukkan sotong, bawang, cili dan sayuran.
- Goreng sebentar sehingga bawang dan sayuran agak layu
- Masukkan 1-2 sudu Pes Serbaguna Tumisan Masak Tomato Adjemz
- Tambahkan air mengikut banyak kuah yang diinginkan
- Tambahkan gula atau madu (ikut citarasa anda)
Masak sebentar sehingga kuah menjadi lebih pekat berkilat - Tutupkan api dan sedia untuk dihidangkan
✨ Tips Memasak Sotong Yang Sedap
- Jangan masak sotong terlalu lama – cukup 2–3 minit untuk elak liat
- Gunakan sotong saiz sederhana – lebih sedap dan cepat empuk
- Tambah daun limau purut untuk aroma menyegarkan
- Campur sedikit kicap atau sos tiram untuk rasa ‘umami’
- Taburkan daun bawang atau ketumbar sebelum hidang
🎦KOLEKSI VIDEO MASAKAN

Lima jenis pes, lima rasa berbeza – Dari masakan asam pedas hinggalah kari berempah. Semua boleh siap dalam masa 15 minit je!
Tak perlu fikir menu setiap hari.
Guna je satu pes, ZASS siap lauk sedap satu keluarga!
Dapatkan sekarang kerana harga promosi ini akan tamat bila-bila masa sahaja